awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2023
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Februari 2023.
1. PBB lulus resolusi desak Rusia tamat pencerobohan ke atas Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi mendesak Rusia menamatkan pencerobohan ke atas Ukraine dan mengundurkan tenteranya dari negara itu.
2. AS salur bantuan keselamatan tambahan berjumlah AS$2 bilion ke Ukraine
Amerika Syarikat akan menyalurkan bantuan keselamatan tambahan berjumlah AS$2 bilion kepada Ukraine, kata Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih Jake Sullivan pada Khamis.
3. Putin umum tingkatkan kapasiti ketenteraan
Presiden Rusia, Vladimir Putin, ucapkan syabas kepada angkatan tentera dalam misi khas yang dilancarkan ke atas Ukraine.
4. China kemuka pendirian mengenai isu Ukraine
Kementerian Luar China hari ini mengemukakan dokumen mengenai pendirian China berhubung penyelesaian krisis Ukraine yang berlandaskan politik.
5. Setahun Perang | Sekatan 50 tahun ke atas sektor kewangan Rusia
Parlimen Ukraine mengenakan sekatan menyeluruh selama 50 tahun ke atas institusi kewangan Rusia termasuk bank pusat, semua bank perdagangan, dana pelaburan, syarikat insurans dan perusahaan lain.
6. Korea Utara jalankan latihan 'peluru berpandu jelajah strategik' minggu ini
Korea Utara mengendalikan latihan pelancaran 'peluru berpandu jelajah strategik', ekoran Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan ketenteraan bersama pada minggu ini.
7. Penulis Marianne Williamson umum bertanding jawatan Presiden AS 2024
Penulis Amerika Syarikat (AS) Marianne Williamson pada Khamis mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden AS pada 2024.
8. Harga telur ayam meningkat akibat selesema burung, kos tinggi di Jepun
Jepun mengalami kekurangan telur ayam dan lonjakan harga akibat wabak selesema burung dan peningkatan kos makanan serta buruh.
9. Ketua perunding Perjanjian Oslo meninggal dunia
Ketua perunding Perjanjian Oslo, Ahmed Qorei yang juga bekas Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin telah meninggal dunia ketika berumur 85 tahun.
10. Belasungkawa | Bekas Perdana Menteri Palestin meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri Palestin Ahmed Qureia meninggal dunia pada usia 85 tahun semalam. berita kematiannya dimaklumkan, Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita antarabangsa
#Berita AWANI
#berita luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan