ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mac 2023.

1. Jepun hargai usaha Korea Selatan bayar pampasan 'hamba perang' melalui dana awam

Jepun menghargai usaha Korea Selatan mengumpul dana awam bagi membayar pampasan kepada rakyat negara itu yang menang tuntutan ganti rugi terhadap syarikat yang memperhambakan mereka semasa Perang Dunia Kedua.

2. 9 maut dalam letupan bom angkara pengebom bunuh diri

Sekurang-kurangnya sembilan anggota separa tentera terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam kejadian pengebom bunuh diri di wilayah Balochistan barat daya Pakistan, pada Isnin.

3. Bot nelayan Taiwan karam, kru masih hilang

Pengawal Pantai Jepun pada Isnin menjalankan misi mencari untuk mengesan tujuh orang yang hilang dalam insiden bot nelayan Taiwan karam berhampiran Pulau Ishigaki.

4. Suhu Sydney diramal cecah 40 darjah Celsius, paling panas dalam tempoh dua tahun

Beberapa bahagian timur Australia, termasuk Sydney, bersiap sedia untuk berdepan hari paling panas dalam tempoh dua tahun hari ini, dengan suhu diramal mencecah sekitar 40 darjah Celsius.

5. Kapal kargo kandas selama dua jam di Terusan Suez berjaya diapungkan

Sebuah kapal kargo telah diapungkan semula selepas terkandas di Terusan Suez Mesir selama dua jam, menurut Penguasa Terusan Suez (SCA) pada Ahad.

6. Presiden Joe Biden tidak akan jalani ujian kecekapan - Jill Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tidak akan menjalani ujian kecekapan mental dan menganggap idea agar ahli politik berusia lebih 75 tahun itu menjalani ujian berkenaan sebagai "tidak masuk akal", kata Jill Biden.

7. Dua protes berlangsung di Greece

Protes membantah sistem lokomotif Greece berlangsung di dua lokasi

8. Jerman beri amaran kepada China

Canselor Jerman, beri amaran China bakal terima akibat jika membantu Rusia dalam perang dengan Ukraine.

9. Polis keluar waran tangkap, Imran Khan perlu ke penjara

Polis Pakistan serahkan waran tangkap kepada bekas PM Pakistan, Imran Khan supaya hadir perbicaraan di mahkamah anti-rasuah.

10. Biodiversiti marin: Lebih 100 negara tandatangani perjanjian

Lebih 100 negara menandatangani perjanjian yang ditetapkan untuk melindungi biodiversiti marin dunia dalam satu mesyuarat bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu di New York.