DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Mac 2023.
1. Angka korban tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 25
Angka kematian akibat tanah runtuh di wilayah barat Kepulauan Riau, Indonesia meningkat kepada 25, manakala 33 lagi masih hilang, menurut seorang pegawai agensi bencana pada Khamis.
2. Rempuhan Stadium Kanjuruhan: Pegawai perlawanan dihukum 18 bulan penjara
Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman setahun setengah penjara terhadap seorang pegawai perlawanan bola sepak selepas didapati cuai semasa kejadian rempuhan di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur 22 Oktober tahun lalu.
3. Malaysia bersama ASEAN akan terus cari penyelesaian krisis Myanmar
Malaysia tidak akan berhenti untuk meneruskan usaha libat urus bersama negara anggota ASEAN dalam mencari penyelesaian yang muktamad bagi menamatkan krisis politik di Myanmar.
4. ASEAN harap tingkatkan kerjasama dengan PBB demi capai kesaksamaan jantina
ASEAN berharap untuk mempertingkatkan kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya bagi mencapai kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita dan kanak-kanak, kata Menteri Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia Bintang Puspayoga.
5. PBB beri amaran potong bantuan jika Taliban terus tekan hak wanita
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada kerajaan Taliban bahawa penindasan terhadap hak wanita berkemungkinan menyebabkan bantuan kepada negara itu berkurangan.
6. China bantu Ukraine jamin keselamatan fasiliti nuklear
China sentiasa mengutamakan isu keselamatan nuklear dan giat menyertai kerjasama antarabangsa dalam bidang berkenaan, kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning.
7. COVID-19: CDC tamatkan keperluan ujian saringan pelancong dari China
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan, pihaknya merancang untuk menamatkan ujian mandatori COVID-19 untuk pelancong dari China.
8. Lebih 60,000 sertai protes di Greece susulan nahas kereta api
Puluhan ribu penunjuk perasaan turun ke jalan raya di Greece disertai para pekerja yang melancarkan mogok susulan nahas kereta api yang mengorbankan 57 nyawa itu minggu lalu.
9. Angka kematian akibat siklon tropika Freddy meningkat kepada 10
Sekurang-kurangnya sepuluh orang terbunuh manakala tiga lagi masih hilang selepas Siklon Tropika Freddy kembali membadai pantai barat daya Madagascar, menurut Pejabat Kebangsaan Pengurusan Risiko dan Bencana Kebangsaan (BNGRC) pada Rabu.
10. TikTok lancar Projek Clover, tangani kebimbangan isu keselamatan
Syarikat aplikasi media sosial, TikTok lancar Projek Clover, pendekatan keselamatan untuk tangani kebimbangan ia berkongsi data dengan Beijing.

#Indonesia
#tanah runtuh
#bola sepak
#ASEAN
#PBB
#China
#Ukraine
#COVID-19
#Greece
#TikTok
#Myanmar
#angka korban
#Beijing
#Amerika Syarikat
#Taliban