awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2023
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mac 2023.
1. Xi Jinping kekal Presiden China buat kali ketiga berturut-turut
Xi Jinping mempertahankan kedudukan sebagai Presiden China bagi penggal ketiga berturut-turut selepas dipilih semula dalam Kongres Rakyat Kebangsaan ke-14 pada Jumaat.
2. Tujuh maut, lapan cedera parah insiden tembakan di gereja
Sekurang-kurangnya tujuh dilaporkan terkorban manakala lapan lagi cedera parah dalam insiden tembakan rambang di sebuah gereja di Hamburg, Jerman pada Khamis.
3. Tiga anggota K9 cedera ditembak individu dikehendaki
Tiga anggota polis Los Angeles cedera selepas ditembak seorang individu dikehendaki yang berada di bawah tahanan parol.
4. 26 maut dalam serangan hendap Boko Haram di timur laut Nigeria
Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dalam serangan hendap yang dilancarkan Boko Haram di Borno timur laut Nigeria.
5. Jeneral bersara Petr Pavel angkat sumpah Presiden Czech
Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Petr Pavel mengangkat sumpah sebagai presiden keempat Republik Czech di Istana Prague pada Khamis.
6. NATO: Turkiye setuju lanjut rundingan dengan Sweden, Finland
Turkiye setuju melanjutkan rundingan berkaitan keanggotaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan Sweden dan Finland.
7. Rusia & PBB runding perjanjian bijirin di Geneva
Rusia dan PBB akan runding lanjutan perjanjian eksport bijirin di Geneva minggu depan.
8. Lawatan pertama Presiden Korea Selatan ke Jepun selepas 12 tahun
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol lawat Jepun selepas 12 tahun susulan hubungan keruh antara dua negara.
9. Kes 1MDB: Bekas pegawai Goldman Sachs Roger Ng dihukum penjara 10 tahun
Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun susulan tuduhan membantu menggelapkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
10. Nusantara dibimbangi beri impak hebat kepada alam, penduduk
Pembangunan ibu negara baharu Indonesia dikenali sebagai Nusantara menjanjikan pembangunan lestari dengan visi kehadapan.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita antarabangsa
#berita luar negara
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan