DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mac 2023.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mac 2023.
1. Raja Charles namakan Putera Edward sebagai Duke of Edinburgh
Raja Charles dari Britain menamakan adindanya, Putera Edward sebagai Duke of Edinburgh, sekali gus menyerahkan gelaran yang pernah disandang mendiang ayahanda mereka, Putera Philip.
2. Jokowi sertai ribuan peminat rock tonton konsert Deep Purple di Solo
Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi menyertai ribuan peminat muzik menonton konsert band veteran tersohor British, Deep Purple yang berlangsung di Solo, Jawa Tengah, pada Jumaat malam.
3. Biden luluskan perintah darurat di California susulan ribut musim sejuk
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Jumaat meluluskan perintah darurat di California susulan ribut musim sejuk yang melanda negeri ini.
4. Ram Chandra Paudel dipilih Presiden baharu Nepal
Nepal memilih seorang demokrat sosial sebagai Presiden ketiganya sejak negara Himalaya itu menamatkan pemerintahan beraja berkurun-kurun lamanya.
5. Pelajar perempuan maut ditembak pesakit mental di pekarangan masjid
Seorang pesakit mental menembak mati seorang pelajar perempuan dalam satu kejadian di pekarangan sebuah masjid di Pattani, Thailand.
6. Gunung Merapi meletus, muntah lava sejauh 1.5km
Gunung Merapi di Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan panas sehingga 7 kilometer (km), kata agensi pengurusan bencana negara itu dalam satu kenyataan.
7. Pulih hubungan diplomatik dengan Arab Saudi tingkatkan kestabilan serantau - Iran
Pegawai Iran menyambut baik perjanjian untuk menyambung semula hubungan diplomatik dengan Arab Saudi serta pembukaan semula kedutaan dan misi dalam tempoh dua bulan lagi.
8. Bekas teman wanita Tiger Woods fail saman, dakwa wujud perjanjian kongsi rumah
Peguam Tiger Woods menafikan pemain golf terkemuka itu dan bekas teman wanitanya, Erica Herman memiliki perjanjian perkongsian rumah bersama di Florida.
9. Lelaki terkaya Asia lancar semula minuman ikonik 'Campa Cola'
Lelaki terkaya Asia Mukesh Ambani mengumumkan rancangan untuk melancarkan semula jenama soda ikonik Campa Cola yang pernah menyaingi Coca-Cola dan Pepsi pada tahun 70-an.
10. Gempa bumi Turkiye: Anjing pengesan turut jadi 'wira' bantu misi SAR
Anjing pengesan yang dikenali sebagai Ocak dianggap sebagai 'wira' kerana turut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) di wilayah Kahramanmaras Turkiye yang dilanda gempa bumi kuat pada Februari lalu.