awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye: Anjing pengesan turut jadi 'wira' bantu misi SAR

Bernama
Bernama
11/03/2023
06:15 MYT
Gempa bumi Turkiye: Anjing pengesan turut jadi 'wira' bantu misi SAR
Ocak terlibat dalam operasi SAR oleh Antalya Gendarmerie Search and Rescue (JAK) dan dalam masa 16 hari anjing itu telah berjaya mengesan enam mangsa. -Gambar fail/Bernama
ANTALYA: Anjing pengesan yang dikenali sebagai Ocak dianggap sebagai 'wira' kerana turut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) di wilayah Kahramanmaras Turkiye yang dilanda gempa bumi kuat pada Februari lalu.
Ocak terlibat dalam operasi SAR oleh Antalya Gendarmerie Search and Rescue (JAK) dan dalam masa 16 hari anjing itu telah berjaya mengesan enam mangsa, lapor Agensi Anadolu.
Kini, Ocak kembali semula ke Antalya dan menyambung latihan harian di bawah seliaan Sarjan Muhammed Turan.
Turan berkata Ocak mula bekerja sebagai anjing SAR selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Kuda dan Anjing Gendarmerie Nevsehir selama 52 minggu.
"Dalam misi mencari dan menyelamat, setiap minit dan setiap saat amat berharga untuk menyelamatkan nyawa.
"Terima kasih kepada deria bau dan naluri anjing, ia membantu misi mengesan lebih pantas dan mudah," katanya.
Turan berkata beliau dan Ocak telah bekerja bersama selama lima tahun.
-- BERNAMA
Dapatkan berita dan informasi terkini berkaitan gempa di Turkiye dan Syria di sini
Topic Berkaitan
#gempa turkiye
#Ocak
#Anjing pengesan
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan