Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mac 2023.
Singapura akan selaraskan caj tol di Pusat Pemeriksaan Tuas mulai 31 Mac 2023, sepadan dengan semakan kadar tol oleh Malaysia baru-baru ini untuk Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuh Raya Linkedua.
2. AS kutuk tindakan Korea Utara lancar peluru berpandu menjelang Sidang Kemuncak Korea Selatan-Jepun
AS berkata akan mengambil "semua langkah perlu" bagi memastikan keselamatan tanah air Amerika, Korea Selatan dan sekutu Jepun.
Presiden China, Xi Jinping mencadangkan inisiatif Ketamadunan Global sebagai rangka untuk mencapai keharmonian dan kemodenan global, dihadapan pemimpin dunia dalam persidangan anjuran Pati Komunis China.
Amerika Syarikat (AS) menuntut pemilik TikTok dari China supaya menjual kepentingan mereka dalam aplikasi perkongsian video popular itu atau berhadapan risiko medium itu diharamkan di AS.
Ketua Majoriti Senat, Senator Chuck Schumer memaklumkan mengenai proses pindaan undang-undang yang memberi kuasa kepada perang Iraq akan dimulakan di peringkat Senat Amerika Syarikat.
PBB meningkatkan usaha untuk memperoleh sokongan kerajaan bagi membantu Malawi dan Mozambique
yang dibadai Siklon Tropika Freddy buat kali kedua pada hujung minggu.
Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan penangguhan yang diberikan kepada Malaysia terhadap penguatkuasaan 'final award' kepada kumpulan yang mendakwa waris Sultan Sulu.
Washington akui usaha pemulihan dan pencarian serpihan dron miliknya yang didakwa dilanggar jet pejuang Rusia lalu terhempas di Laut Hitam adalah sukar disebabkan lokasi dan keadaan geografinya.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memaklumkan telah berbincang berkenaan tambahan pertahanan udara negara itu dalam mesyuarat Rammstein ke sepuluh.
Pelancaran terbaru peluru berpandu antara benua disifatkan beliau sebagai satu lagi tindakan provokasi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

