SEOUL: Presiden Yoon Suk Yeol memberi amaran ke atas Korea Utara susulan pelancaran terbaru peluru berpandu antara benua yang disifatkan beliau sebagai satu lagi tindakan provokasi.
Yoon berkata demikian pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (NSC) pada Khamis sejurus sebelum berlepas ke Tokyo untuk menghadiri sidang kemuncak bersama Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.
Pada sidang kemuncak itu, kerjasama keselamatan terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu Utara dijangka menjadi topik utama perbincangan kedua-dua pemimpin berkenaan.
"Korea Utara pasti perlu menanggung akibatnya susulan provokasi melulunya itu," kata Yoon sambil menekankan perlunya usaha untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, menurut kenyataan pejabat presiden.
Yoon juga mengarahkan tentera untuk menjalankan latihan ketenteraan secara menyeluruh dengan Amerika Syarikat, lapor Yonhap.
Awal minggu ini, Korea Selatan dan AS memulakan latihan ketenteraan Freedom Shield selama 11 hari, latihan terbesar antara kedua-dua sekutu itu sejak bertahun-tahun.
Menurut tentera Korea Selatan pihaknya mengesan pelancaran itu dari kawasan Sunan di Pyongyang pada 7.10 pagi dan peluru berpandu itu terbang kira-kira 1,000 kilometer sebelum jatuh ke laut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Yoon juga mengarahkan tentera untuk menjalankan latihan ketenteraan secara menyeluruh dengan Amerika Syarikat. - Foto fail/AP

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Naik taraf, perindah medan selera demi keselesaan rakyat - Pakar
Seruan itu bertepatan kerana memenuhi cita rasa budaya rakyat yang suka menjamu selera di medan selera, gerai serta warung bersama keluarga.

Hentikan politik guna modal kaum, agama - Mujibu Muis
Hentikan berpolitik secara retorik menggunakan modal kaum dan agama sebagai asas untuk meraih populariti dan sokongan.

'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN
Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan.

Malaysia perkukuh kerjasama pertahanan menerusi Dialog Shangri-La 2023
Perkara itu selaras dengan tonggak ketiga strategi pertahanan negara yang menekankan perkongsian berwibawa.

Pemain kriket wanita tagih pendedahan antarabangsa
Mereka perlu bersaing di luar negara sekurang-kurangnya sebulan sekali berbanding purata tiga hingga empat kali setahun.

IMO terima pakai resolusi kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara
Pelancaran ujian peluru berpandu itu dilihat sebagai ancaman serius terhadap keselamatan pelayaran antarabangsa.

AS dakwa Korea Utara uji teknologi peluru berpandu balistik
Menurut tentera Korea Selatan, Pyongyang telah melancarkan roket pelbagai peringkat ke arah selatan.

Presiden Yoon gesa perkukuh usaha banteras pembiayaan haram program nuklear, perluru berpandu Korea Utara
Penyeludupan senjata pemusnah besar-besaran boleh menimbulkan "ancaman serius" kepada keamanan antarabangsa, tegas Yoon.

Iran lancar peluru berpandu balistik baharu
Iran pada Khamis mendedahkan peluru berpandu balistik generasi baharu dengan jarak sejauh 2,000 kilometer (1,242 batu) dilengkapi kepala peledak seberat 1,500 kilogram (3,307 paun).

AS sahkan Ukraine guna Patriot tembak peluru berpandu hipersonik Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh peluru berpandu hipersonik Kinzhal milik Rusia dengan menggunakan sistem pertahanan udara Patriot buatan Amerika Syarikat (AS).

China tidak kuat kuasa sekatan PBB ke atas Korea Utara - Presiden Yoon
Korea Selatan tidak mempunyai pilihan selain bergantung kepada Amerika Syarikat dalam isu berkaitan 'cegah-rintang nuklear'.

17 terkorban serangan peluru berpandu, dron di Ukraine
Sebahagian besar mangsa maut apabila dua peluru berpandu mengenai sebuah bangunan kediamaan dalam kejadian pada awal pagi itu.

Ancaman Korea Utara: Korea Selatan, AS, Jepun setuju adakan latihan pertahanan secara berkala
Kesepakatan itu dicapai pada sesi Rundingan Tiga Pihak Pertahanan (DTT) yang berlangsung di Washington.

Korea Utara sahkan negara itu menguji peluru berpandu balistik antara benua "Hwasong-18"
Korea Utara pada Jumaat berkata peluru berpandu yang digunakan dalam pelancarannya baru-baru ini merupakan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) baharunya "Hwasong-18".

Korea Utara lancar peluru berpandu, Jepun kemuka amaran berlindung
Korea Utara dilaporkan menembak sebuah peluru berpandu pada Khamis, yang telah memicu amaran perlindungan di pulau Hokkaido, Jepun.