awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2023
15:48 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mac 2023.
1. Krisis Myanmar perlu diselesaikan di peringkat ASEAN - Zambry
Krisis yang berlaku di Myanmar perlu diselesaikan di peringkat ASEAN dan tidak boleh dilakukan oleh sebuah negara sahaja.
2. Korea Utara jalankan latihan simulasi tindak balas nuklear
Korea Utara pada Isnin memaklumkan pihaknya menjalankan latihan simulasi serangan balas nuklear taktikal pada hujung minggu, ketika Amerika Syarikat dan Korea Selatan mengadakan latihan ketenteraan tahunan mereka.
3. India panggil diplomat tertinggi Britain, insiden demonstrasi di London
India pada Ahad memanggil diplomat tertinggi Britain di New Delhi bagi mengemukakan bantahan terhadap demonstrasi yang diadakan di luar premis misi diplomatiknya di London.
4. Paris: Penunjuk perasaan desak Perancis tarik diri dari NATO
Beribu-ribu penunjuk perasaan pada hujung minggu lalu mendesak Perancis menarik diri daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan menghentikan penghantaran senjata ke Ukraine serta-merta.
5. Penasihat WHO gesa China beri semua data asal usul COVID-19
Penasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa China mengeluarkan semua maklumat berkaitan asal usul pandemik COVID-19.
6. Presiden Iran sambut baik undangan Raja Salman untuk berkunjung ke Arab Saudi
Presiden Iran, Ebrahim Raisi menyambut baik undangan daripada Raja Salman untuk berkunjung ke Arab Saudi sebagai sebahagian daripada usaha memulihkan hubungan diplomatik antara kedua negara itu.
7. Palestin, Israel setuju wujud mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan
Israel dan Palestin bersetuju untuk mewujudkan mekanisme membendung keganasan dan hasutan serta menghalang sebarang tindakan gangguan di tapak suci Baitulmaqdis apabila Ramadan bermula akhir minggu ini.
8. Krisis Di Sudan | Parti politik setuju bentuk kerajaan peralihan 1 April
Beberapa parti politik Sudan bersetuju untuk membentuk Kerajaan Peraihan Baharu pada 1 April ini.
9. Gempa bumi di Ecuador & Peru | 15 orang mau, ratusan cedera
15 orang dilapor maut dengan ratusan cedera selepas gempa bumi bermagnitud 6.8 melanda Ecuador dan Peru pada Sabtu.
10. Jumlah rakyat Korea Selatan umur 60 tahun ke atas yang masih bekerja meningkat
Jumlah rakyat Korea Selatan yang berumur 60 tahun ke atas dan masih bekerja meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu berikutan peningkatan kos sara hidup, di tengah-tengah kelembapan ekonomi global.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita antarabangsa
#berita luar negara
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan