Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 24, 2023 15:49 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Mac 2023.
1. Hong Kong kekal di kedudukan keempat Indeks Pusat Kewangan Sedunia
Hong Kong (HK) kekal di tangga keempat dalam ranking pusat kewangan antarabangsa, menurut Laporan Indeks Pusat Kewangan Sedunia edisi ke-33 yang dikeluarkan Kumpulan Z/Yen Britain dan Institut Pembangunan Komprehensif Shenzhen China, pada Khamis.
2. Kempen pilihan raya diunjur jana US$3.5 bilion untuk ekonomi Thailand
Kempen sempena pilihan raya Thailand yang akan datang diunjur menjana sehingga 120 bilion THB (US$3.5 bilion) untuk ekonomi, menurut Pusat Unjuran Ekonomi dan Perniagaan Universiti Dewan Perniagaan Thailand.
3. Korea Utara uji dron nuklear dasar laut
Korea Utara menguji dron Haeil yang mampu membawa senjata nuklear dari dasar laut dan melancarkan ujian kepala peledak di Laut Jepun, Sputnik memetik Agensi Berita Pusat Korea yang dikendalikan kerajaan ( KCNA) pada Jumaat.
4. China menentang Amerika Syarikat memaksa penjualan TikTok
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata kerajaan China menentang sebarang perancangan Amerika Syarikat untuk memaksa ByteDance menjual platform media sosialnya, TikTok.
5. Data kekal selamat, jamin lindungi pengguna - CEO TikTok
Ketua Pegawai Eksekutif TikTok membuat penampilan berprofil tinggi yang jarang berlaku di hadapan jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
6. China harap rundingan damai Palestin-Israel disambung semula
Masyarakat antarabangsa harus meningkatkan kesungguhan untuk mendorong penyambungan semula rundingan damai antara Palestin dan Israel secepat mungkin, kata Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang pada sesi terbuka Majlis Keselamatan pada Rabu.
7. Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu terpaksa menangguhkan lawatan ke London selama sehari kerana menghadapi masalah dengan beberapa juruterbangnya.
8. Lebih 1 juta sertai protes bantah reformasi pencen di Perancis
Lebih 1 juta rakyat Perancis menyertai protes pada Khamis, menolak cadangan rang undang-undang pembaharuan pencen kerajaan yang akan menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64, menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis.
9. Peguam nafi Zakir Naik ditahan
Peguam kepada Dr Zakir Naik menafikan pendakwah Islam itu ditahan di Oman dan akan dihantar pulang ke India.
10. Sekolah di Afghanistan dibuka tanpa pelajar perempuan
Sesi persekolahan tahun akademik baharu di Afghanistan sudah dibuka, namun, begitu pemerintahan Taliban masih menafikan peluang untuk pelajar-pelajar perempuan daripada menghadiri kelas di peringkat menengah.
#Hong Kong #China #TikTok #Palestin #Benjamin Netanyahu #Perancis #Zakir Naik #Taliban