awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1 juta sertai protes bantah reformasi pencen di Perancis

Bernama
Bernama
24/03/2023
03:56 MYT
Lebih 1 juta sertai protes bantah reformasi pencen di Perancis
Di bawah pelan pembaharuan itu, umur persaraan yang sah akan dinaikkan secara berperingkat daripada 62 kepada 64 menjelang 2030.- REUTERS
PARIS: Lebih 1 juta rakyat Perancis menyertai protes pada Khamis, menolak cadangan rang undang-undang pembaharuan pencen kerajaan yang akan menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64, menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis.
Bagaimanapun, kesatuan terbesar Perancis, Konfederasi Buruh Am (CGT) memaklumkan bahawa kira-kira 3.5 juta orang telah mengambil bahagian dalam demonstrasi di seluruh negara, lapor Xinhua.
Peristiwa Khamis menandakan tindakan mobilisasi umum kesembilan di seluruh negara sejak Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne minggu lalu mengumumkan perlembagaan yang membenarkan kerajaan meluluskan rang undang-undang reformasi pencen.
Bimbang protes bertukar ganas, 12,000 anggota polis ditempatkan di seluruh negara, termasuk 5,000 di Paris.
Walaupun kebanyakan demonstrasi berlangsung secara aman, terdapat beberapa penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan polis, menyebabkan sekurang-kurangnya 123 anggota pasukan keselamatan cedera, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin.
Polis Perancis menggunakan gas pemedih mata dan anjing polis bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Kerajaan terpaksa menutup tempat-tempat bersejarah pada Khamis, termasuk Istana Versailles dan Menara Eiffel susulan protes.
Majlis makan malam yang dijadualkan di Istana Versailles antara Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Raja United Kingdom Charles III semasa lawatan negara akan datang, turut diubah atas sebab keselamatan.
Macron berkata pada Rabu bahawa rancangan pembaharuan pencen kerajaan harus menjadi undang-undang "sebelum akhir tahun".
Di bawah pelan pembaharuan itu, umur persaraan yang sah akan dinaikkan secara berperingkat daripada 62 kepada 64 menjelang 2030, dan pencen minimum akan diperkenalkan.
Pelan itu turut menetapkan pada 2027, pekerja perlu berkhidmat selama 43 tahun sebelum layak mendapat pencen penuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Perancis
#protest pencen
#had umur persaraan
#Elisabeth Borne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan