ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 April 2023.

1. China kenakan sekatan ke atas institusi AS, pegawai Taiwan

China pada Jumaat mengenakan sekatan ke atas dua institusi Amerika Syarikat (AS) dan kakitangan mereka kerana menjadi tuan rumah kepada Presiden Taiwan Tsai Ing-wen.

2. 2.5 juta kanak-kanak masih perlu bantuan - UNICEF

Sekurang-kurangnya 2.5 juta kanak-kanak di Turkiye masih memerlukan bantuan kemanusiaan setelah gempa bumi dahsyat. 

3. Pihak berkuasa Chiang Mai arah bekerja dari rumah

Setakat pagi Jumaat, Chiang Mai tersenarai sebagai bandar utama paling tercemar di dunia, mendahului kawasan panas biasa seperti New Delhi di India dan Lahore, Pakistan.

4. Israel lancar serangan udara di Lubnan

Tentera Israel melancarkan serangan udara di Lubnan pada Jumaat, beberapa jam selepas ia menyerang terowong di Gaza.

5. Penunjuk perasaan berhimpun di Khartoum

Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di ibu negara Sudan pada Khamis ketika rundingan antara pemerintah tentera negara itu menubuhkan kerajaan awam menemui jalan buntu.

6. Lebih 40 NGO kutuk pencerobohan Masjid Al-Aqsa, gesa kerajaan keluarkan pendirian tegas

Lebih 40 NGO mengutuk serangan pencerobohan terbaharu Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan serangan tanpa provokasi ke atas ratusan jemaah Islam di dalam dan sekitar masjid itu.

7. Nuklear: Korea Selatan, AS, Jepun gesa dunia hantar balik pekerja Korea Utara

Amerika Syarikat dan Jepun yang mengadakan rundingan tiga hala di sini pada Jumaat menyeru masyarakat antarabangsa supaya menghantar pulang semua warga Korea Utara.

8. Zionis Israel lancar serangan di Gaza

Tentera Israel melancarkan serangan di Semenanjung Gaza pada awal pagi Jumaat.

9. Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat

Negara-negara Islam dijangka menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April ini.

10. Pentadbiran Biden salahkan Trump mengenai Afghanistan

Dokumen setebal 12 muka surat itu mengakui bahawa Amerika Syarikat mendapat pengajaran daripada penarikan diri tentera di Afghanistan