Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Mei 2023.

1. Bangunan 7 tingkat runtuh dalam kebakaran besar di Sydney

Kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan tujuh tingkat di pinggir bandar Surry Hill di tengah Sydney pada petang Khamis, lapor Xinhua.

2. Kanada, Arab Saudi setuju pulih hubungan diplomatik

Kanada dan Arab Saudi bersetuju memulihkan hubungan diplomatik mereka dengan melantik duta masing-masing, sekali gus menamatkan pertikaian sejak 2018, lapor Sputnik memetik Global Affairs pada Rabu.

3. Presiden Xi seru dunia bina tamadun multipolar

Presiden China, Xi Jinping, berkata dunia kini mengalami perubahan besar yang belum pernah berlaku dalam seabad, manakala trend sejarah multipolarisasi dan globalisasi ekonomi pula tidak dapat dihalang.

4. Meta berhentikan 500 pekerja di Ireland

Syarikat induk Facebook, Meta memberhentikan hampir 500 pekerja di pejabatnya di Dublin, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan RTE penyiar awam Ireland pada Khamis.

5. Polis Itali rampas artifak purba yang dicuri

Pihak berkuasa Itali merampas ribuan artifak arkeologi dan mengeluarkan 21 waran tangkap ketika membongkar satu sindiket pencurian dan penyeludupan peninggalan purba, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

6. Gabenor Florida Ron DeSantis umum jadi calon pemilihan Presiden AS 2024

Gabenor Florida Ron DeSantis pada Rabu mengumumkan pencalonannya untuk perlumbaan merebut jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 dan berikrar mengetuai "Kebangkitan Semula Amerika Hebat," lapor Xinhua.

7. Gempa bumi kuat di rantau sempadan Panama-Colombia

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 melanda Rantau Sempadan Panama-Colombia pada 11.05 pagi tadi.

8. Biden bakal umum pelantikan Panglima Tentera Udara sebagai jeneral tertinggi tentera AS

Presiden Joe Biden pada Khamis bercadang untuk mengumumkan pelantikan Ketua Turus Tentera Udara Charles Q. Brown Jr. sebagai pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu.

9. OpenAI mungkin akan tinggalkan Eropah jika peraturan ketat

Syarikat teknologi, OpenAI mungkin mempertimbangkan untuk meninggalkan Eropah sekiranya tidak dapat mematuhi peraturan kecerdasan buatan (AI) yang dirangka Kesatuan Eropah (EU).

10. Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun

Penyanyi dan penghibur 'evergreen', Tina Turner dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun.