ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Mei 2023.

1. Pakistan kenakan larangan perjalanan ke atas Imran Khan

Kerajaan Pakistan menyekat bekas perdana menteri Imran Khan, isterinya dan ratusan pembantu politik daripada membuat perjalanan ke luar negara, kata pegawai pada Jumaat.

2. 200 penumpang, anak kapal cemas, pintu kecemasan pesawat terbuka di ruang udara

Penumpang dan anak kapal sebuah pesawat Airbus 321, Asiana Airlines berdepan detik cemas selepas salah seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu sebelum mendarat di Daegu, Korea Selatan pada tengahari Jumaat.

3. Suspek serangan tikam, tembak akibatkan 4 maut di Jepun ditahan

Suspek dalam serangan yang membunuh empat orang termasuk dua pegawai polis di tengah Jepun ditahan awal Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.

4. 2 remaja serah diri susulan kebakaran bangunan di Sydney

Polis di negeri New South Wales (NSW) Australia mengesahkan pada Jumaat bahawa dua pelajar sekolah berusia 13 tahun menyerah diri berhubung kebakaran besar yang memusnahkan bangunan di tengah Sydney, lapor Xinhua.

5. 50 penerbangan British Airways batal akibat masalah IT

British Airways (BA) mengemukakan permohonan maaf berikutan pembatalan penerbangan ke Eropah dan domestik pada Jumaat ekoran masalah teknologi maklumat (IT), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

6. Gunung berapi Rincon de la Vieja di Costa Rica meletus

Gunung berapi Rincon de la Vieja di Costa Rica mengeluarkan kepulan asap setinggi tiga kilometer (km), lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Perlindungan Awam negara CNE pada Jumaat.

7. Pilihan raya presiden Turkiye: Pesawat bawa undi luar negara mendarat di Ankara

Sebuah pesawat yang membawa undi oleh ekspatriat Turkiye di pejabat perwakilan asing untuk pilihan raya penentu presiden Turkiye mendarat pada Khamis di ibu negara Ankara.

8. F1: Nafi bakal sertai Ferrari, Hamilton jangka bakal perbaharui kontrak bersama Mercedes

Lewis Hamilton menafikan dia telah ditawarkan kontrak oleh Ferrari dan menjangka untuk menandatangani perjanjian baharu Mercedes 'dalam beberapa minggu akan datang'.

9. Seorang lagi pendaki hilang di Everest

Seorang pendaki solo warga Hungary dilaporkan hilang selepas terputus hubungan ketika berada di laluan tirus Hillary Step yang terletak antara South Col dan puncak Gunung Everest.

10. Arab Saudi sedia bergelar 'hub bola sepak dunia' - Pengarah WFS

Arab Saudi bersedia untuk menjadi "hub bola sepak dunia," kata pengasas dan Pengarah World Football Summit (WFS) Asia, Jan Alessie, lapor portal berita Arab News.