awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek serangan tikam, tembak akibatkan 4 maut di Jepun ditahan

Bernama
Bernama
26/05/2023
07:54 MYT
Suspek serangan tikam, tembak akibatkan 4 maut di Jepun ditahan
Suspek dalam serangan yang membunuh empat orang termasuk dua pegawai polis di tengah Jepun ditahan awal Jumaat. -Gambar fail/Reuters
TOKYO: Suspek dalam serangan yang membunuh empat orang termasuk dua pegawai polis di tengah Jepun ditahan awal Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.
Lelaki itu ditahan di hadapan rumah bapanya di bandar Nakano, lapor stesen televisyen Jepun NHK dan Agensi Berita Kyodo.
Empat individu terbunuh dalam serangan pada Khamis di Bandar Nakano, di wilayah Nagano di pulau Honshu.
Seorang lelaki bertopeng menyerang beberapa individu dengan pistol dan pisau, lapor media Jepun.
Suspek didakwa menikam seorang wanita hingga maut dan menembak mati dua anggota polis dengan senapang memburu berhampiran rumah bapanya sebelum bersembunyi di kediaman itu selama beberapa jam.
Seorang wanita warga emas turut ditemukan cedera dan tidak sedarkan diri di luar rumah dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Penyerang didakwa memakai pakaian penyamaran, topi, cermin mata hitam dan topeng ketika melarikan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki bertopeng
#bunuh orang awam
#tikam dan tembak
#anggota polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan