Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 26, 2023 15:59 MYT
Mei 26, 2023 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Mei 2023.
Kerajaan Pakistan menyekat bekas perdana menteri Imran Khan, isterinya dan ratusan pembantu politik daripada membuat perjalanan ke luar negara, kata pegawai pada Jumaat.
Penumpang dan anak kapal sebuah pesawat Airbus 321, Asiana Airlines berdepan detik cemas selepas salah seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu sebelum mendarat di Daegu, Korea Selatan pada tengahari Jumaat.
Suspek dalam serangan yang membunuh empat orang termasuk dua pegawai polis di tengah Jepun ditahan awal Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.
Polis di negeri New South Wales (NSW) Australia mengesahkan pada Jumaat bahawa dua pelajar sekolah berusia 13 tahun menyerah diri berhubung kebakaran besar yang memusnahkan bangunan di tengah Sydney, lapor Xinhua.
British Airways (BA) mengemukakan permohonan maaf berikutan pembatalan penerbangan ke Eropah dan domestik pada Jumaat ekoran masalah teknologi maklumat (IT), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Gunung berapi Rincon de la Vieja di Costa Rica mengeluarkan kepulan asap setinggi tiga kilometer (km), lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Perlindungan Awam negara CNE pada Jumaat.
Sebuah pesawat yang membawa undi oleh ekspatriat Turkiye di pejabat perwakilan asing untuk pilihan raya penentu presiden Turkiye mendarat pada Khamis di ibu negara Ankara.
Lewis Hamilton menafikan dia telah ditawarkan kontrak oleh Ferrari dan menjangka untuk menandatangani perjanjian baharu Mercedes 'dalam beberapa minggu akan datang'.
Seorang pendaki solo warga Hungary dilaporkan hilang selepas terputus hubungan ketika berada di laluan tirus Hillary Step yang terletak antara South Col dan puncak Gunung Everest.
Arab Saudi bersedia untuk menjadi "hub bola sepak dunia," kata pengasas dan Pengarah World Football Summit (WFS) Asia, Jan Alessie, lapor portal berita Arab News.