Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 24, 2023 15:47 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Julai 2023.
1. Peraturan berhijab: Iran tutup ibu pejabat peruncit dalam talian
Sebelum itu, tersiar foto sekumpulan kakitangan Digikala, termasuk beberapa wanita tidak berhijab.
2. Logo burung Twitter kini diganti dengan X
Hartawan dan pemilik platform media sosial Twitter, Elon Musk dilaporkan telah menggantikan logo burung ikonik Twitter dengan logo baharu iaitu X.
3. Bumbung gimnasium sekolah runtuh, 11 maut
Dilaporkan seramai 19 orang berada di gim ketika kejadian, namun hanya lapan yang terselamat.
4. Rusia boleh gantikan eksport bijirin Ukraine - Putin
Walaupun dikenakan sekatan, Rusia akan terus bersungguh-sungguh dalam membekalkan bijirin, makanan, baja dan lain-lain ke negara-negara Afrika.
5. Gempa 6.0 magnitud landa selatan pulau Fiji
Pusat gempa, dengan kedalaman 553.4 kilometer, ditentukan pada 24.18 darjah selatan dan 178.76 darjah timur.
6. Bahrain kutuk insiden bakar al-Quran di Denmark
Pada Jumaat, kumpulan Danske Patrioter Denmark berhaluan kanan membakar senaskhah al-Quran dan memijak bendera Iraq di hadapan Kedutaan Iraq di Copenhagen.
7. 15 maut, 19 hilang insiden kapal karam di perairan Sulawesi
Mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga masing-masing selepas proses pengecaman dilakukan.
8. Didakwa memandu melulu, Menteri Kehakiman New Zealand letak jawatan
Allan didakwa memandu secara cuai manakala ujian penafasannya mencatat tahap yang dianggap sebagai pelanggaran undang-undang.
9. Sembilan maut dalam tragedi pesawat terhempas di Sudan
Seorang kanak-kanak perempuan terselamat dalam kejadian yang berlaku disebabkan gangguan teknikal.
10. Majlis NATO-Ukraine dijadual bertemu Rabu bincang perjanjian bijirin Laut Hitam
NATO dengan tegas mengutuk percubaan Moscow untuk menjadikan makanan sebagai senjata.
#NATO #New Zealand #Rusia #Ukraine #Elon Musk #Iraq #Al-Quran #Iran #Denmark