awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Logo burung Twitter kini diganti dengan X

Agensi
Agensi
24/07/2023
09:15 MYT
Logo burung Twitter kini diganti dengan X
Dalam sebuah ciapan, Musk menulis Twitter.com kini dikenali sebagai X.com.- Twitter Elon Musk
LOS ANGELES: Hartawan dan pemilik platform media sosial Twitter, Elon Musk telah menggantikan logo burung ikonik Twitter dengan logo baharu iaitu 'X'.
Musk membuat pengumuman mengejutkan mengenai rancangannya semalam dan dilihat melakukan penjenamaan pada pagi Isnin.
Dalam sebuah ciapan, Musk menulis Twitter.com kini dikenali sebagai X.com.
"Logo Interim X disiarkan lewat hari ini,” tulisnya.
pic.twitter.com/IwcbqMnQtA
— Elon Musk (@elonmusk) July 23, 2023
Beliau turut berkongsi foto ibu pejabat Twitter yang diterangi oleh logo X gergasi baharu.
Our headquarters tonight pic.twitter.com/GO6yY8R7fO
— Elon Musk (@elonmusk) July 24, 2023
Akaun rasmi gergasi media sosial itu kini menampilkan logo X namun burung biru masih boleh dilihat di laman web aplikasi itu.
Sebelum ini, Musk menciap ucapan selamat tinggal kepada jenama Twitter termasuk logo burung.
Twitter yang diasaskan pada 2006, telah menggunakan lambang burung biru dan diiktiraf di seluruh dunia selama lebih sedekad.
Topic Berkaitan
#Twitter
#Elon Musk
#X
#logo baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan