Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 September 2023.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Presiden Rusia, Vladimir Putin akan mengadakan sidang kemuncak yang jarang berlaku di Rusia, dengan kedua-dua pemimpin itu dijangka memajukan rundingan senjata dan meningkatkan kerjasama ketenteraan, lapor agensi berita Yonhap.
Ketua Turus Bersama Korea Selatan mengesahkan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik ke Laut Jepun awal Rabu, lapor Sputnik memetik agensi berita Yonhap.
Apple mengesahkan iPhone keluaran terbaharu tidak akan menggunakan kabel pengecasan biasa keluarannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia mesti sangat bebas sebagai sebuah negara yang berdaulat dan tidak sepatutnya dipaksa untuk memilih pihak dalam pertikaian yang meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Puluhan penduduk Vietnam maut manakala 54 lagi di dimasukkan ke hospital pada awal pagi Rabu selepas kebakaran berlaku di sebuah blok pangsapuri di ibu negara Vietnam, Hanoi sebelum tengah malam Selasa, lapor Xinhua.
Kim Aris, anak lelaki kepada bekas pemimpin Mynmar, Aung San Suu Kyi meluahkan kebimbangannnya berhubung kesihatan ibunya yang kini dalam tahanan.
Angkasawan NASA Frank Rubio telah mencipta rekod baharu penerbangan kapal angkasa paling lama di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), kata agensi itu pada Selasa, lapor Xinhua.
Speaker Dewan Perwakilan AS Kevin McCarthy, pada Selasa menggesa untuk membuka siasatan pendakwaan ke atas Presiden Joe Biden, dengan merujuk kepada tuduhan rasuah.
Empat puluh peratus ahli parlimen India sedang berdepan kes jenayah, kata sebuah kumpulan tempatan yang berkempen untuk reformasi pilihan raya pada Selasa.
Agensi Tenaga Atom Jepun (JAEA) mengesahkan kebocoran bahan radioaktif di satu kemudahan penyelidikan bahan api nuklearnya tetapi tiada kesan buruk terhadap kesihatan kakitangan atau persekitaran berhampiran dilaporkan, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

