ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Oktober 2023.


1. September bulan paling kering di Australia sejak 1900

Biro Meteorologi Australia (BOM) pada Isnin mengesahkan September ini menjadi bulan paling kering di Australia sejak pemantauan dimulakan pada tahun 1900.



2. Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan - Johari

Kerjasama antara Parlimen ASEAN, isu keterjaminan makanan, perubahan iklim dan tenaga boleh baharu.


3. Spesies tenggiling baharu, 'Manis mysteria' ditemui di China

Penyelidik China telah menemui spesies tenggiling baharu berdasarkan data genomik yang dikumpul daripada sisik tenggiling.


4. Jokowi rasmi kereta api laju Whoosh, perjalanan Jakarta-Bandung hanya 45 minit

Presiden Indonesia Joko Widodo merasmikan perkhidmatan projek kereta api laju bernilai AS$7.3 bilion (kira-kira RM34.4 bilion) di Stesen Kereta Api Halim di timur Jakarta pada Isnin.


5. Hubungan dua hala Malaysia, New Zealand kini lebih kukuh - Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand kini lebih kukuh, terutamanya kerana kedua-dua negara saling memahami keperluan ekonomi dan sensitiviti masing-masing.


6. Kota Palembang 'hilang' ekoran jerebu tebal

Bandar Palembang, Indonesia hari ini seolah-olah ‘hilang’ dari pandangan mata kasar ekoran asap jerebu tebal yang menyelubungi bandar itu sejak beberapa hari lalu.


7. Serangan pengganas: Turki tingkatkan operasi tentera banteras PKK

Tentera Turki akan meningkatkan operasi ketenteraan di utara Iraq dan Syria bagi membanteras kegiatan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan di negara itu, susulan insiden serangan pengganas di Ankara, lapor Sputnik memetik sumber.


8. Laman sesawang keluarga diraja Britain lumpuh sementara akibat serangan siber

Laman sesawang keluarga diraja Britain lumpuh sementara akibat serangan siber pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik sumber Istana Buckingham.


9. Mexico: 7 maut, 10 cedera bumbung gereja roboh

Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, manakala 10 lagi cedera selepas bumbung sebuah gereja runtuh, di bandar raya Ciudad Madero, di Tamaulipas, Mexico, lapor Sputnik.


10. Bantuan EU untuk Ukraine cecah AS$89.8 bilion

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell pada Ahad berkata kesatuan itu memperuntukkan 85 bilion euro (AS$89.8 bilion) sebagai sokongannya kepada Ukraine, dengan lebih 25 bilion euro disediakan dalam bentuk bantuan ketenteraan, lapor Sputnik.