KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand kini lebih kukuh, terutamanya kerana kedua-dua negara saling memahami keperluan ekonomi dan sensitiviti masing-masing.
Al-Sultan Abdullah bertitah hubungan kukuh itu terbukti dengan beberapa lawatan oleh pemimpin kedua-dua negara sejak tahun lepas.
"Menteri Luar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia telah melawat New Zealand tahun ini, manakala kami menerima kunjungan Menteri Luar Nanaia Mahuta pada Ogos tahun lepas.
"Pertukaran lawatan ini telah membuka jalan kepada kerjasama yang lebih erat berkaitan sektor ekonomi dan halal, serta pemerkasaan masyarakat orang Asli.
"Sudah tepat pada masanya kerjasama pelbagai aspek mencapai kejayaan dengan peningkatan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik pada Mei 2023," titah Al-Sultan Abdullah pada majlis jamuan negara bagi meraikan Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro dan delegasi di Istana Negara di sini hari ini.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis jamuan itu.
Yang di-Pertuan Agong bertitah baginda juga berbesar hati mengambil maklum bahawa Malaysia dan New Zealand telah menikmati pertumbuhan kukuh dalam hubungan perdagangan, dan pada 2022 New Zealand kekal sebagai rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia di rantau Pasifik.
"Sementara Malaysia pula adalah rakan dagangan ketiga terbesar New Zealand dalam kalangan negara ASEAN," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah bertitah hari ini, hubungan kedua-dua negara merentasi pelbagai sektor, daripada hubungan antara rakyat, bidang pendidikan dan ekonomi.
Sebagai contoh, titah Seri Paduka, New Zealand adalah rakan penting Malaysia dalam pendidikan tinggi, dengan lebih 800 pelajar Malaysia sedang melanjutkan pelajaran di New Zealand dalam pelbagai bidang.
"Kami berharap lebih ramai pelajar Malaysia akan diberi peluang untuk belajar di New Zealand," titah Seri Paduka.
Yang di-Pertuan Agong juga bertitah bahawa Malaysia mengalu-alukan kedatangan semua pengunjung dari New Zealand.
Seri Paduka bertitah pada 2022, terdapat lebih 15,000 pelancong New Zealand melawat Malaysia dan baginda berharap jumlah itu akan terus meningkat sehingga mencapai tahap pra-COVID yang puratanya kira-kira 56,000 orang setahun.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sukacita atas lawatan Kiro dan delegasinya, yang disifatkan Seri Paduka sebagai tanda persahabatan erat antara kedua-dua negara.
"Semoga lawatan negara ini akan dapat mengeratkan lagi tali persahabatan dan mengukuhkan jalinan hubungan dua hala Malaysia-New Zealand," titah Seri Paduka.
Ini merupakan lawatan sulung Kiro ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara sejak menjawat jawatan Gabenor Jeneral New Zealand pada 21 Okt 2021.
New Zealand merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Pasifik dengan jumlah dagangan keseluruhan bagi kedua-dua negara setakat Jun 2023 bernilai RM6.32 bilion (US$1.42 bilion), peningkatan 15.3 peratus berbanding RM5.48 bilion (US$1.27 bilion) bagi tempoh sama pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023
Al-Sultan Abdullah (tiga, kanan) dan Tunku Azizah Aminah (dua, kiri) berkenan bergambar bersama Kiro (tiga, kiri) dan pasangan Dr Richard Davies (dua, kanan) pada Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara hari ini. - Gambar/ Bernama
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.