ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Oktober 2023.


1. Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera

Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.



2. WHO kutuk tindakan Israel arah hospital di Gaza pindahkan pesakit

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam sekeras-kerasnya arahan pemindahan yang dikeluarkan Israel ke atas 22 hospital yang terletak di utara Gaza.


3. 12 maut bas rempuh lori kontena

Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, manakala 23 lagi cedera selepas sebuah bas mini merempuh lori kontena di Maharashtra, barat India pada Ahad, lapor Xinhua.


4. 300 maut, 800 lagi cedera pada hari kelapan serangan Israel di Gaza

Seramai 300 rakyat Palestin terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza, kata Kementerian Kesihatan Palestin.


5. Suruhanjaya Eropah akan 'segera' tingkatkan bantuan kemanusiaan untuk Gaza

Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Leyen pada Sabtu berkata blok itu akan 'segera' meningkatkan bantuan kemanusiaan untuk penduduk di Gaza.


6. Perhimpunan solidariti Palestin diadakan di Eropah

Beberapa negara Eropah menyaksikan orang ramai berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin pada Sabtu ketika situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.


7. Utusan China ke Timur Tengah minggu depan, cari jalan tamatkan konflik Hamas-Israel

UTUSAN China ke Timur Tengah sedang bersedia untuk melawat wilayah bergolak itu minggu depan bagi menggesa gencatan senjata dalam konflik antara Israel-Hamas, lapor media kerajaan.


8. 49 maut dalam insiden bot terbalik di Congo

Sekurang-kurangnya 49 orang maut, manakala 120 yang lain hilang selepas sebuah bot terbalik di barat laut Congo pada Sabtu malam, lapor Agensi Anadolu.


9. Amerika hantar sebuah lagi pesawat bantu Israel

Amerika Syarikat (AS) mengumumkan mereka akan menghantar sebuah lagi kapal induk udara kedua ke "untuk menghalang tindakan musuh terhadap Israel," menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan AS di Pentagon.


10. Sekurang-kurangnya 724 kanak-kanak Palestin maut akibat serangan tentera Israel

Sekurang-kurangnya 724 kanak-kanak Palestin terbunuh selepas dibedil oleh bom dan diserang oleh rejim Zionis Israel melalui udara, kata pertubuhan kemanusiaan kanak-kanak Palestin.