awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera

Bernama
Bernama
15/10/2023
12:27 MYT
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) mendapati pusat gempa adalah kira-kira 34 kilometer di luar Herat. - Gambar fail/USGS
KARACHI (Pakistan): Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) mendapati pusat gempa adalah kira-kira 34 kilometer di luar Herat, lapor Agensi Anadolu.
Pegawai kesihatan tempatan, Farhad Afzali, mengesahkan jumlah mangsa yang cedera tetapi tidak memberikan butiran lanjut, menurut penyiar tempatan Tolo News.
Kenyataan Kementerian Penerangan Afghanistan, berkata gempa bumi terbabit menggegarkan Herat dan wilayah berhampiran dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di kebanyakan kawasan.
Herat yang bersempadan dengan Iran telah dilanda beberapa siri gempa bumi sejak minggu lalu.
Gempa bumi kuat pada 7 Okt lalu telah mengorbankan lebih 2,000 orang, manakala beribu-ribu lagi dilaporkan cedera di wilayah berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan elektrik
#gempa bumi
#jumlah mangsa
#Afghanistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan