awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2023
15:50 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Oktober 2023.
1. “Kini masanya untuk berperang” - Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu dengan tegas menyatakan, Israel tidak akan sama sekali melakukan gencatan senjata dalam usaha mencapai keamanan pada perang dengan Hamas yang berlanjutan hampir empat minggu itu.
2. “Perang kali ini bukan mudah” - Menteri Pertahanan Israel
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dengan penuh yakin mendakwa, pembebasan seorang anggota tenteranya daripada tawanan Hamas membuktikan keupayaan mereka memasuki Gaza.
3. Perang Palestin-Israel: Hampir 500 petugas kesihatan terbunuh - WHO
Sekurang-kurangnya 491 orang yang bertugas dalam sektor perubatan dilaporkan terbunuh, manakala 372 lagi cedera dalam perang antara Palestin-Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
4. Turki jadikan perasmian World Cities Day pentas solidariti buat Gaza
Meskipun UN-Habitat mengangkat isu pendanaan dalam pembangunan lestari bagi meraikan World Cities Day, namun Turki menggunakan pentas ini sebagai solidariti untuk Gaza.
5. Perang Palestin-Israel: Seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit - NGO
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangs, Save the Children mendedahkan setiap seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit di Gaza dalam perang yang berlanjutan antara Israel dan Hamas.
6. Jepun umum sekatan ke atas individu, syarikat berkaitan Hamas
Jepun mengenakan set sekatan baharu terhadap beberapa individu dan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pejuang Hamas yang berpangkalan di Gaza.
7. 19 maut akibat keganasan berkaitan pilihan raya di Filipina
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera akibat keganasan yang meletus semasa pilihan raya tempatan di Filipina, kata seorang pegawai pilihan raya pada Selasa.
8. Kapten bola sepak remaja Thailand sah bunuh diri di UK
Kapten pasukan bola sepak remaja Thailand yang diselamatkan dari gua yang dilanda banjir pada 2018 disahkan membunuh diri di sebuah sekolah di United Kingdom (UK) awal tahun ini.
9. Rusia lelong pangsapuri mewah Zelensky di Crimea
Rumah milik keluarga Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di Crimea dilelong pihak berkuasa Rusia pada harga 44.3 juta rubel (US$480,000), lapor Agensi Berita Jerman dpa, memetik Agensi Berita Rusia TASS.
10. Lima pelakon utama Friends beri penghormatan kepada Matthew Perry
Lima bintang utama pelakon sitkom televisyen popular 1990-an "Friends" memberi penghormatan kepada aktor Matthew Perry dalam satu mesej bersama meratapi kematian sahabat mereka dan menganggap ia sebagai "kehilangan yang tidak dapat diduga."
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Benjamin Netanyahu
#Israel
#Gaza
#Hamas
#Palestin
#WHO
#Turkiye
#Matthew Parry
#friends
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan