awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Palestin-Israel: Seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit - NGO

Agensi
Agensi
30/10/2023
22:30 MYT
Perang Palestin-Israel: Seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit - NGO
Beberapa rakyat Palestin meninggalkan kediaman mereka yang telah dibom oleh zionis Israel, pada Isnin. - Gambar AP
JERUSALEM: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangs, Save the Children mendedahkan setiap seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit di Gaza dalam perang yang berlanjutan antara Israel dan Hamas.
Jurucakap Save the Children cawangan Palestin, Jason Lee berkata, dalam situasi perang itu juga, seramai 20,000 orang awam cedera dengan satu daripada tiga mangsa merupakan kanak-kanak.
Di Gaza juga kata Lee, menyaksikan peningkatan kes penyakit berjangkit disebabkan jumlah mangsa perang meningkat setiap hari selain kekurangan amalan kebersihan.
Dalam masa sama, beliau meluahkan kebimbangan wabak influenza juga berupaya tersebar.
Kebimbangan turut berganda berikutan trak-trak yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pula “tidak berupaya menyelesaikan krisis atau masalah.”
Turut menyedihkan, doktor-doktor bedah melakukan pembedahan tanpa menggunakan ubat tahan sakit atau anestetik, manakala telefon bimbit digunakan sebagai sumber mendapatkan cahaya di pusat-pusat perubatan.
“Mereka kehilangan kemudahan perubatatan dan terdapat juga 130 bayi pramatang dalam inkubator yang turut berpotensi tidak dapat berfungsi berikutan tiada bahan api,” ujar Lee lagi. - BBC
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#kanak-kanak terbunuh
#Save The Children
#Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan