awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2023
15:51 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 November 2023.
1. Jeda kemanusiaan di Gaza dilanjutkan sehari lagi
Jeda kemanusiaan sementara di Semenanjung Gaza dilanjutkan sehari lagi pada Khamis.
2. China tegak keadilan dalam isu Palestin, kata Presiden Xi
Presiden China Xi Jinping berkata China konsisten dalam pendirian menegakkan keadilan dalam isu Palestin selain aktif menggalakkan rundingan damai dan terus menyediakan bantuan kemanusiaan serta pembangunan kepada Palestin.
3. China terus hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
China terus menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan penghantaran terbaharu dibuat pada 28 November.
4. Singapura kerah pesawat RSAF hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
Singapura mengerahkan pesawat Pasukan Udara Republik Singapura (RSAF) untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza, kata Kementerian Luar (MFA) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) republik itu.
5. Penduduk Gaza terus derita, kini di ambang kebuluran
Penduduk di Semenanjung Gaza ketika ini terus bergelut untuk meneruskan kehidupan selepas kediaman dan kemudahan infrastruktur musnah, kekurangan makanan serta terdedah dengan pelbagai penyakit berjangkit.
6. Prabowo Subianto berlepas ke Malaysia untuk bertemu Anwar
Calon presiden Indonesia Prabowo Subianto dilapor berlepas ke Malaysia pada pagi Khamis untuk kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7. Bekas PM Thailand Prayuth dilantik ahli Majlis Privy
Bekas perdana menteri Thailand Prayuth Chan o-cha dilantik sebagai ahli Majlis Privy, sebuah badan penasihat kepada monarki yang berprestij.
8. Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis, lapor Xinhua memetik kenyataan jabatan kecemasan bandar raya itu.
9. 4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Empat pendatang asing maut selepas terjatuh dari sebuah bot laju haram di sebuah pantai di Cadiz di selatan Sepanyol pada Rabu.
10. Bekas Setiausaha Negara AS Henry Kissinger meninggal dunia
Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Henry Kissinger meninggal dunia pada usia 100 tahun.
Topic Berkaitan
#Palestin
#Gaza
#China
#Xi Jinping
#Singapura
#Prabowo Subianto
#Indonesia
#Thailand
#Kazakhstan
#AS
#pendatang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan