ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 Disember 2023.

1. Undian Majlis Keselamatan PBB mengenai bantuan kemanusiaan Gaza ditangguh

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis menangguhkan buat kali keempat undian mengenai draf resolusi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

2. 'Pembunuhan beramai-ramai mesti dihentikan' di Gaza - Tedros

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis berkata, "pembunuhan beramai-ramai mesti dihentikan," di Gaza, di mana jumlah kematian rakyat Palestin kini meningkat kepada 20,000.

3. 15 maut, 24 cedera dalam insiden tembakan di sebuah universiti di Prague

Seorang pelajar Czech berusia 24 tahun membunuh lebih 15 individu dan mencederakan sekurang-kurangnya 24 yang lain di universitinya di Prague, pada Khamis, sebelum dia “disingkirkan”.

4. Tembakan Rambang: Republik Czech umum Sabtu sebagai hari berkabung

Republik Czech mengisytiharkan Sabtu sebagai hari berkabung kebangsaan selepas seorang lelaki bersenjata membunuh 14 individu dan mencederakan 25 lagi di sebuah universiti di Prague pada Khamis.

5. PM Jepun Kishida gantikan dua eksekutif parti pemerintah LDP yang dibelenggu skandal

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Jumaat menggantikan dua eksekutif Liberal Democratic Parti (LDP), dalam usaha untuk memulihkan kepercayaan orang ramai ditengah-tengah skandal dana politik yang semakin meruncing dalam parti pemerintah itu.

6. Polis Pakistan tahan ratusan wanita kerana lancar protes

Polis di Islamabad menahan ratusan wanita dan kanak-kanak serta melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan protes yang diketuai seorang wanita di barat daya Pakistan.

7. 4 anggota tentera India terbunuh di Kashmir

Sekurang-kurangnya empat tentera India terbunuh dalam serangan hendap di daerah Poonch, Jammu dan Kashmir.

8. Pemimpin Briged al-Qassam, Mohammed Deif masih sihat, boleh berjalan

Persoalan tentang keadaan sebenar 'sosok misteri' pemimpin kanan sayap bersenjata gerakan Hamas yang terus diburu Israel sejak sekian lama dan akhirnya terjawab.

9. Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan

Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.

10. 150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan

Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.