Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 10, 2024 15:53 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Januari 2024.
1. ICC sahkan siasatan jenayah perang Israel ke atas wartawan di Gaza
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat kemungkinan jenayah perang terhadap wartawan semasa serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
2. Israel dakwa bunuh komander unit dron udara Hezbollah
Pasukan pejuang Hezbollah mengumumkan kematian Ali Hussein Burji, namun, tidak menyatakan kedudukannya dalam struktur pertempuran kumpulan itu.
3. Belgium tidak boleh berdiam diri lihat keganasan Israel di Gaza
Timbalan Perdana Menteri Belgium, Petra De Sutter akan mencadangkan kepada kerajaan untuk mengikut langkah Afrika Selatan memfailkan kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Israel.
4. 13 ceroboh stesen TV semasa siaran langsung ditahan di Ecuador
Polis Ecuador pada Selasa menahan beberapa lelaki bersenjata yang menceroboh sebuah stesen televisyen awam di negara itu semasa sedang bersiaran langsung.
5. Gabriel Attal dilantik sebagai Perdana Menteri termuda Perancis
Menteri Pendidikan Perancis, Gabriel Attal yang berusia 34 tahun telah dilantik sebagai Perdana Menteri baharu negara itu iaitu pelantikan yang mencipta sejarah oleh Presiden Emmanuel Macron ketika beliau ingin mengembalikan semula populariti kerajaannya yang semakin tercalar.
6. Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin disahkan hidap kanser prostat
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin disahkan menghidap kanser prostat dan mengalami komplikasi yang menyebabkan beliau dirujuk ke hospital pada tahun baharu 1 Januari lalu.
7. 3 maut dalam ribut di tenggara AS, Florida isytihar darurat
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam cuaca buruk yang melanda sebahagian besar kawasan Tenggara Amerika Syarikat, pada Selasa.
8. Tiada rancangan untuk elak perang dengan Korea Selatan - Kim Jong Un
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menggelar Korea Selatan sebagai "musuh utama" Pyongyang dan menegaskan beliau "tidak berhasrat untuk mengelak peperangan" dengan negara jirannya itu, lapor media kerajaan pada Rabu.
9. Sinead O'Connor died of natural causes, London coroner says
Irish singer Sinead O'Connor, who was found unresponsive at an address in London in July last year, died of natural causes, the coroner said on Tuesday.
10. Pelakon X-Men Adan Canto meninggal dunia pada usia 42 tahun
Artis ternama kelahiran Mexico, Adan Canto yang terkenal dengan wataknya dalam “X-Men: Days of Future Past” dan “Agent Game” serta siri TV “The Cleaning Lady” menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.
#Kim Jong Un #Korea Utara #berita pilihan #antarabangsa