awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICC sahkan siasatan jenayah perang Israel ke atas wartawan di Gaza

Bernama
Bernama
10/01/2024
07:42 MYT
ICC sahkan siasatan jenayah perang Israel ke atas wartawan di Gaza
Serangan Israel ke atas Gaza setakat ini mengakibatkan kematian 106 wartawan dan petugas media. - Gambar/ AP
THE HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat kemungkinan jenayah perang terhadap wartawan semasa serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
Reporters sans frontieres - Reporters Without Borders (RSF) telah memfailkan aduan jenayah perang dengan ICC berhubung kematian wartawan Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel di wilayah terkepung itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Pejabat pendakwa ICC Karim Khan juga telah memberi jaminan bahawa jenayah terhadap wartawan termasuk dalam siasatannya ke atas Palestin.
"Hari ini, saya mengesahkan siasatan dimulakan oleh Pejabat Pendakwa ICC bagi situasi di Palestin.
"Siasatan ini akan meliputi jenayah dalam bidang kuasa Mahkamah yang didakwa telah dilakukan dalam situasi itu sejak 13 Jun, 2014 tarikh rujukan dibuat dalam rujukan situasi ke Pejabat saya," kata ICC pada Selasa.
Serangan Israel ke atas Gaza setakat ini mengakibatkan kematian 106 wartawan dan petugas media.
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Isnin menyatakan kebimbangan yang mendalam mengenai 'bilangan tinggi' wartawan Palestin yang telah terbunuh di Semenanjung Gaza, susulan kematian terbaharu dua wartawan yang bekerja untuk Biro Gaza Al-Jazeera pada 7 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#nasib penduduk Palestin
#jenayah perang
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan