Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 17, 2024 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Januari 2024.
1. Pengeboman di Bali: Dua rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo mengaku bersalah bersubahat
Dua rakyat Malaysia mengaku bersalah pada Selasa atas pertuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman Bali pada tahun 2002, selepas ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo di Cuba sejak 2006.
2. Arab Saudi sedia iktiraf Israel jika isu Palestin diselesaikan
Arab Saudi sedia mengiktiraf Israel sekiranya persetujuan menyeluruh dicapai termasuk kenegaraan untuk Palestin - perbincangan yang disifatkan bercita-cita tinggi ketika perang antara Israel dan Hamas tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.
3. Qatar umum perjanjian bantuan kemanusiaan antara Hamas dan Israel
Qatar pada Selasa mengumumkan negaranya berjaya menjadi pengantara perjanjian antara Israel dan Hamas yang akan membolehkan bantuan kemanusiaan, termasuk ubat-ubatan dihantar kepada orang awam di Gaza, lapor Agensi Anadolu.
4. Israel, Hamas setuju lebih banyak bantuan disalur ke Gaza termasuk kepada tebusan
Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas telah mencapai perjanjian untuk membenarkan lebih banyak bantuan kemanusiaan di salur ke Gaza yang dilanda perang, kata Qatar.
5. Ekonomi Jordan terjejas akibat perang di Gaza - PM
Perdana Menteri Jordan, Bisher Al-Khasawneh berkata, perang di Gaza telah menjejaskan ekonomi negara itu sekali gus menjejaskan apa yang telah ditakrifkan "tahun yang sangat baik" yang menyaksikan peningkatan pendapatan pelancongan.
6. PBB akan adakan mesyuarat bincang kenaikan aras laut
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menerima pakai resolusi untuk mengadakan mesyuarat peringkat tinggi bagi membincangkan isu mengenai ancaman kenaikan aras laut, lapor Xinhua.
7. Krisis iklim mungkin menyebabkan 14.5 juta kematian menjelang 2050
Perubahan iklim yang kian memuncak ketika ini diramal menjadi penyebab utama 14.5 juta kematian dan kerugian ekonomi sebanyak AS$12.5 trilion, menjelang 2050.
8. WEF24: Eropah digesa main peranan lebih besar
Negara-negara Eropah harus membangunkan hospital di Gaza dan menghantar pasukan kesihatan ke kawasan bergolak itu bagi membantu rakyat Palestin yang berdepan serangan tanpa henti Israel.
9. AI akan ubah kehidupan manusia dalam masa lima tahun, kata Bill Gates
Bukan rahsia lagi bahawa Bill Gates yakin dengan kecerdasan buatan (AI).
10. Penumpang gigit lengan kru kabin, pesawat All Nippon Airways terpaksa berpatah balik
Sebuah pesawat penerbangan kendalian All Nippon Airways Jepun dari Tokyo ke Seattle, Amerika Syarikat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo pada Rabu selepas seorang penumpang dilaporkan menggigit lengan seorang kru kabin, lapor Xinhua memetik media tempatan.
#berita pilihan #berita antarabangsa #berita luar negara #Berita AWANI