Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 27, 2024 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Januari 2024.
1. Kapal AS lakukan serangan baharu ke atas Yaman
Tentera Amerika Syarikat (AS) melakukan serangan baharu ke atas Yaman di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, yang dicetuskan oleh perang rejim Israel ke atas Gaza.
2. Kapal tangki minyak terbakar di Laut Merah diserang puak Houthi
Sebuah kapal tangki minyak terbakar di luar pantai Yaman selepas terkena serangan peluru berpandu yang diperaku dilakukan oleh Houthi, lapor PA Media/dpa.
3. Uganda berkata keputusan hakimnya di ICJ yang memihak kepada Israel tidak mewakili pendiriannya
Uganda pada Jumaat berkata pendirian hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Julia Sebutinde dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel berkaitan perang di Semenanjung Gaza, tidak mewakili pendirian negara itu.
4. Perintah ICJ 'tamatkan era Israel bebas daripada hukuman’ - PM Palestin
Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh berkata keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat "mengesahkan berakhirnya era Israel bebas daripada hukuman".
5. EU desak Israel patuh keputusan ICJ
Suruhanjaya Eropah (EU) mendesak Israel supaya mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberi amaran kepada negara Yahudi itu mengenai perbuatannya melakukan pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Jerman dpa.
6. Palestin sambut baik langkah bersyarat ICJ ke atas perang Israel di Gaza
Menteri Luar Palestin Riyad Al-Maliki menyambut baik perintah sementara yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung perang Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
7. Afrika Selatan terima baik perintah mahkamah dunia ke atas kes genosid Israel
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa dan pegawai kanan kerajaan pada Jumaat menerima baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memerintahkan Israel supaya tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai (genosid) dalam operasi ketenteraannya di Gaza.
8. Miss Japan: Kemenangan warganegara naturalisasi pertama Jepun dipertikai
SEORANG model berasal dari Ukraine telah dinobatkan sebagai Miss Japan, sekali gus mencetuskan kontroversi dan perdebatan mengenai apa yang disifatkan sebagai identiti Jepun.
9. Rusia tolak dakwaan jalin kerjasama ketenteraan dengan Korea Utara
Moscow secara mutlaknya menolak tuduhan Washington dan sekutunya mengenai kerjasama teknikal ketenteraan haram Rusia dengan Korea Utara, menurut jurucakap Kementerian Luar Maria Zakharova pada Jumaat.
10. 2 rakyat Malaysia dikaitkan pengeboman di Bali dipenjara 5 tahun lagi di Guantanamo
Juri tentera di Guantanamo Bay pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara tambahan lima tahun ke atas dua rakyat Malaysia kerana bersubahat dalam pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002.
#berita pilihan #antarabangsa #hujahan lisan #Mahkamah Dunia