TEHRAN: Tentera Amerika Syarikat (AS) melakukan serangan baharu ke atas Yaman di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, yang dicetuskan oleh perang rejim Israel ke atas Gaza.
Markas Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) pada awal Sabtu mengumumkan bahawa serangan barunya mengenai peluru berpandu anti-kapal Houthi, lapor agensi berita Iran IRNA.
CENTCOM membuat pengumuman di akaun Xnya, mendakwa bahawa peluru berpandu itu mengancam pelayaran di Laut Merah dan tentera Amerika di rantau itu.
"Pada 27 Jan kira-kira 3.45 pagi (waktu Sanaa), Pasukan Pemerintah Pusat AS melakukan serangan terhadap peluru berpandu anti-kapal Houthi yang disasarkan ke Laut Merah yang bersedia untuk dilancarkan," katanya.
CENTCOM juga berkata serangan itu bertujuan untuk melindungi laluan perkapalan antarabangsa.
"Pasukan AS kemudiannya menyerang dan memusnahkan peluru berpandu untuk mempertahankan diri. Tindakan ini akan melindungi kebebasan pelayaran dan menjadikan perairan antarabangsa lebih selamat dan terjamin untuk kapal Tentera Laut AS dan kapal dagang," katanya.
AS bersama United Kingdom mendakwa perkara yang sama apabila mereka melancarkan serangan udara ke atas Yaman lebih dua minggu lalu.
Sejak itu, kedua-dua negara Barat itu telah melakukan beberapa siri serangan udara terhadap negara Arab itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Markas Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) pada awal Sabtu mengumumkan bahawa serangan barunya mengenai peluru berpandu anti-kapal Houthi. - AP
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Apa perkembangan seterusnya?
Setiausaha Negara AS, yang menjawab soalan di Capri, enggan mengulas mengenai serangan Israel terhadap Iran.
Qatar Airways sambung semula penerbangan ke Iran
Syarikat penerbangan Qatar itu menggantung penerbangannya ke Iran sejak Sabtu setelah Iran bertindak balas terhadap serangan Israel.
Tentera Israel lakukan 16 pembunuhan beramai-ramai sehari sejak 7 Okt
Sepanjang serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza, 14,560 kanak-kanak dan 9,582 wanita maut.
Tindakan Iran kerana Israel sudah melampaui batas - Pakar
Iran tidak melatah susulan beberapa siri serangan terhadap pemimpin tertinggi mereka sebelum ini.
Ribuan berkumpul di Iran, sokong serangan ke atas Israel
Mereka turut mengibarkan bendera kebangsaan Iran dan Palestin bersama sepanduk bertulis "Kemenangan dari Tuhan sudah hampir."
Iran dakwa serangan sebagai mempertahankan diri
Iran tegaskan republik itu mempunyai hak untuk mempertahankan diri susulan serangan Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik.
'Kami serang Israel kerana abai amaran PBB' - IRGC
Serangan dilakukan ke atas Israel atas sebab mereka mengabaikan arahan Majlis Keselamatan PBB supaya menghentikan pencerobohan.
Wartawan antara yang cedera dalam serangan Israel ke atas kem pelarian di Gaza
Antara yang cedera ialah wartawan lapangan daripada saluran TRT Arabic yang melaporkan mengenai serangan di Gaza.
White House berang dengan serangan ke atas pekerja bantuan WCK
John Kirby memaklumkan Washington mengecam serangan tersebut dan Israel perlu bertanggungjawab.
PBB kecam serangan Israel ke atas pekerja bantuan WCK
Insiden itu memberi mesej jelas, perlunya gencatan senjata dikuatkuasakan segera di Gaza, tegas Antonio Guterres.