Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 15, 2024 15:55 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Februari 2024.
1. Pemilu 2024: Siapa Prabowo Subianto? Kemungkinan Presiden baharu Indonesia
Prabowo Subianto, 72, dijangka meraih kemenangan dengan kiraan yang kelihatan tidak dapat diatasi dalam pengiraan undi tidak rasmi pada Rabu.
2. Pemilu 2024: Tunggu keputusan akhir KPU - Jokowi
Presiden Joko Widodo pada Khamis menggesa rakyat untuk menunggu keputusan akhir Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia.
3. Pemilu 2024: KPU umum pengundian tambahan di 668 TPS
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sedang mengatur Pemilihan Umum (Pemilu) susulan atau pengundian tambahan di 668 pusat pengundian (TPS) di empat wilayah berikutan isu seperti banjir, kekurangan kertas undi dan kebimbangan keselamatan.
4. Seorang maut, 22 cedera dalam insiden tembakan di Missouri, AS
Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 22 lagi cedera dalam insiden tembakan rambang semasa perarakan kemenangan Kejohanan Super Bowl di Kansas City, Missouri di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
5. Israel akan tetap serang Rafah
Sejurus keputusan untuk membenarkan penduduk Palestin menduduki Rafah merangkap sebagai perlindungan terakhir mereka, Israel masih berkeras akan meneruskan serangan terhadap Hamas di bandar itu.
6. Pembiayaan kempen haram: Bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy disabitkan bersalah
Sebuah mahkamah rayuan Paris pada Rabu mensabitkan bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy bersalah atas tuduhan penyalahgunaan dana untuk membiayai kempen pilihan raya.
7. 12 juta kanak-kanak terjejas akibat 'kejutan iklim' di Kenya
Lebih 12 juta kanak-kanak di Kenya terjejas akibat fenomena dan tekanan yang berlaku disebabkan perubahan iklim yang tidak dijangka atau "kejutan iklim", lapor Xinhua.
8. Liga Arab desak UNSC luluskan resolusi gencatan senjata di Gaza
Anggota Liga Arab mendakwa mempunyai sokongan besar dalam kalangan ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk meluluskan resolusi mendesak gencatan senjata di Gaza.
9. Netanyahu dakwa Hamas tidak kemuka cadangan baharu
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyau mendakwa Hamas tidak mengemukakan sebarang cadangan baharu untuk pembebasan tebusan dan gencatan senjata dalam rundingan di Kaherah.
10. Seorang maut, 14 cedera insiden tembakan perarakan Super Bowl
Seorang individu dilaporkan maut manakalan 14 yang lain cedera dalam kejadian tembakan semasa perarakan bagi meraikan kemenangan Kejohanan Super Bowl di Missouri, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
#PEMILU 2024 #Rafah #berita antarabangsa #berita pilihan