awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, 22 cedera dalam insiden tembakan di Missouri, AS

Bernama
Bernama
15/02/2024
03:15 MYT
Seorang maut, 22 cedera dalam insiden tembakan di Missouri, AS
Pasukan Kansas City Chiefs meraikan kemenangan dalam Kejohanan Super Bowl dengan mengadakan perarakan kemenangan di Union Station, Kansas City, Missouri, 14 Feb 2024. (Foto AP)
CHICAGO: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 22 lagi cedera dalam insiden tembakan rambang semasa perarakan kemenangan Kejohanan Super Bowl di Kansas City, Missouri di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Dalam sidang media, ketua Jabatan Polis Kansas City, Stacey Graves berkata kejadian berlaku di Union Station ketika orang ramai berkumpul menyaksikan perarakan pasukan Kansas City Chiefs, lapor Xinhua.
Graves berkata polis menahan tiga individu untuk siasatan lanjut.
Menurut beliau, lebih 800 pegawai penguatkuasa undang-undang berada di tempat kejadian untuk mengawal keselamatan orang ramai.
"Tembakan telah dilepaskan di sekitar Union Station. Sila tinggalkan kawasan itu," kata Jabatan Polis Kansas City di X.
Sementara itu, Konsulat Jeneral China di Chicago menghubungi Jabatan Polis Kansas City dan mengesahkan tiada warga China yang cedera atau terbunuh dalam kejadian berkenaan.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#tembakan
#Amerika Syarikat
#Kejohanan Super Bowl
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan