Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 21, 2024 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Februari 2024.
1. Israel diheret ke ICJ lagi
Delegasi Palestin termasuk Menteri Luar, Riyad al-Maliki (kanan) memberi tumpuan kepada ucapan pembukaan ketika sesi pendengaran awam di ICJ, The Hague pada Isnin.
2. Keadaan di Gaza semakin bahaya - WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bahawa keadaan di Gaza kini "semakin bahaya", menggesa akses segera dan selamat untuk memastikan bantuan dapat disalurkan kepada ratusan ribu rakyat Palestin yang kini di ambang kebuluran.
3. Israel nafi akses banyak misi bantuan yang dirancang ke utara Gaza - PBB
Israel telah menafikan akses kepada lebih separuh daripada misi yang dirancang oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan rakan kemanusiaannya untuk menyampaikan bantuan di utara Semenanjung Gaza sejak awal tahun ini, kata agensi itu pada Selasa.
4. 'Terlalu ramai yang terbunuh dalam perang Israel-Gaza' - Putera William
Pewaris takhta diraja Britain, Putera William menyeru “pertempuran dihentikan secepat mungkin” dalam konflik Israel-Gaza.
5. Afrika Selatan anggap Malaysia sekutu penting dalam perjuangkan hak Palestin
Afrika Selatan menganggap Malaysia sebagai sekutu penting dalam memperjuangkan hak Palestin dan menentukan nasib sendiri, menurut Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia, David E. Malcomson.
6. Afrika Selatan bakal adakan pilihan raya umum pada 29 Mei
Afrika Selatan dijangka mengadakan pilihan raya umum pada 29 Mei nanti yang bertepatan dengan sambutan 30 tahun kebebasan dan demokrasi negara itu, menurut pejabat presiden pada Selasa.
7. Parti Republikan ramal penutupan Kerajaan Persekutuan AS menjelang 1 Mac
Ahli Parlimen dari Parti Republikan Amerika Syarikat (AS) meramalkan penutupan kerajaan persekutuan sekiranya tiada keputusan mengenai pembiayaan selanjutnya dan Speaker Dewan Perwakilan Mike Johnson perlu mencari penyelesaian, lapor Sputnik.
8. Korea Selatan: Pesakit kecewa perkhidmatan kesihatan terjejas ekoran doktor pelatih enggan bekerja
Pesakit di Korea Selatan menyatakan kekecewaan dan mengadu mengenai jadual rawatan yang tertangguh atau ditangguhkan pada Rabu apabila doktor pelatih hospital umum di Seoul dan tempat lain tidak bertugas buat hari kedua kerana membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan kuota pendaftaran di sekolah perubatan.
9. Parti politik utama Pakistan capai persetujuan bentuk kerajaan campuran
Dua parti politik utama Pakistan mendakwa mereka telah mencapai persetujuan rasmi untuk membentuk kerajaan campuran pada Selasa.
10. Thailand guna FTA untuk tingkat eksport pertanian
Thailand merancang untuk melaksanakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan rakan dagang strategik bagi meningkatkan lagi eksport produk pertanian dan produk pertanian yang diproses negara itu.
#berita pilihan #berita antarabangsa #berita luar negara #Berita AWANI