awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti Republikan ramal penutupan Kerajaan Persekutuan AS menjelang 1 Mac

Bernama
Bernama
21/02/2024
08:44 MYT
Parti Republikan ramal penutupan Kerajaan Persekutuan AS menjelang 1 Mac
Kerajaan AS akan berdepan penutupan separa jika tidak meluluskan bajet atau langkah perbelanjaan sementara menjelang 1 Mac. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Ahli Parlimen dari Parti Republikan Amerika Syarikat (AS) meramalkan penutupan kerajaan persekutuan sekiranya tiada keputusan mengenai pembiayaan selanjutnya dan Speaker Dewan Perwakilan Mike Johnson perlu mencari penyelesaian, lapor Sputnik.
"Orang ramai meramalkan penutupan walaupun hanya untuk beberapa hari," kata seorang Ahli Parlimen Republikan yang enggan namanya disiarkan, lapor portal berita Axios pada Rabu.
Kerajaan AS akan berdepan penutupan separa jika tidak meluluskan bajet atau langkah perbelanjaan sementara menjelang 1 Mac.
Sementara itu, penutupan secara menyeluruh akan menjadi kenyataan jika tiada bajet atau langkah perbelanjaan sementara dicapai menjelang 8 Mac.
Pada minggu lepas, Johnson dipetik sebagai berkata bahawa Dewan Perwakilan akan mematuhi tarikh akhir.
Bagaimanapun, Speaker Dewan akan menghadapi dua pilihan sukar selepas itu iaitu terus menentang Demokrat mengenai bajet atau membuat perjanjian dengan mereka yang boleh menjejaskan kepentingan Republikan.
Keputusan mesti dibuat selewat-lewatnya pada 30 April atau pemotongan perbelanjaan keseluruhan sebanyak satu peratus akan dikuat kuasa, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan Persekutuan
#Amerika Syarikat
#Parti Republikan
#penutupan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan