Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 4, 2024 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 Mac 2024.
1. Perbicaraan di ICJ: Palestin ucap terima kasih atas sokongan Malaysia
Palestin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan teguh mereka terhadap negara itu semasa sesi pendengaran awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.
2. Raja Norway Harald V selamat mendarat di Oslo menaiki penerbangan evakuasi dari Malaysia
Raja Norway Raja Harald V berangkat tiba di Oslo menaiki penerbangan evakuasi selepas menjalani prosedur implan perentak jantung di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi.
3. Korea Selatan: Mogok doktor pelatih, kerajaan mula ambil tindakan
Menteri Kesihatan Korea Selatan berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas doktor pelatih yang melakukan "mogok secara haram- dan mengingkari arahan.
4. Sidang kemuncak khas ASEAN-Australia 2024 bermula hari ini, meraikan 50 tahun hubungan dialog
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024 bermula hari ini, menghimpunkan pemimpin Asia Tenggara dan Australia, pemimpin perniagaan dan komuniti.
5. Hezbollah serang tentera Israel dekat sempadan di selatan Lubnan
Kumpulan Hezbollah Lubnan pada Ahad mendakwa telah menyerang pasukan tentera Israel di selatan Lubnan menyebabkan ada yang terkorban.
6. Jelajah Taylor Swift: Satu penghormatan, namun ada 'harga' perlu dibayar Singapura
Bayaran pada mulanya dilaporkan setinggi S$24 juta untuk enam pertunjukan eksklusif untuk negara Asia Tenggara itu.
7. PM diberi sambutan rasmi sempena lawatan empat hari ke Australia
Ketibaan Anwar disambut oleh Gabenor Victoria Margaret Gardener dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
8. Penduduk Gaza terus jadi sasaran serangan Israel, bantuan melalui udara tidak berkesan
Jurucakap Kementerian Ashraf al-Qudra berkata serangan itu berlaku di selatan bandar Gaza.
9. Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia
Pihak berkuasa tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu dan berjaya mengagihkan bekalan.
10. Meta tolak cadangan kerjasama Google bangunkan Android XR
Google dikatakan pernah mendekati Meta, mengajaknya bekerjasama dalam membangunkan platform untuk arena realiti-terimbuh.
#Palestin #Taylor Swift #berita pilihan #antarabangsa