ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Mac 2024.


1. Pekerja lapangan terbang Frankfurt lancar mogok, penerbangan dibatalkan

Gangguan besar dijangka berlaku di Lapangan Terbang Frankfurt pada Khamis berikutan mogok kakitangan keselamatan.



2. Mogok kereta api berulang di Jerman

Perkhidmatan sebahagian besar rangkaian kereta api jarak jauh dan wilayah Jerman terhenti pada pagi Khamis apabila pemandu memulakan mogok 35 jam berikutan kegagalan dalam rundingan gaji.


3. China sokong keanggotaan penuh Palestin dalam Majlis Keselamatan PBB

China menyokong keanggotaan penuh Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyeru beberapa anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) supaya tidak menghalang proses itu, menurut Menteri Luar China Wang Yi, lapor Sputnik.


4. Sweden sah diterima NATO

Bendera biru dan kuning emas Sweden dijangka dinaikkan pada Isnin di ibu pejabat Perikatan Perjanjian Atlantik Utara di Brussels, Belgium.


5. Starbucks di Asia Barat buang 2,000 pekerja

Alshaya Group yang memegang hak untuk mengendalikan Starbucks di rantau itu mengumumkan keputusan pengecilan saiz kakitangan atas alasan situasi dagangan yang mencabar sejak lebih enam bulan lalu.


6. Trump cabar Biden untuk berdebat

Donald Trump mencabar Presiden Joe Biden untuk berdebat dengannya "pada bila-bila masa" dan "di mana-mana sahaja."


7. Amerika sekali lagi ingin haramkan TikTok jika tidak dijual Bytedance

Ini ialah langkah yang sama diambil pentadbiran Donald Trump dan kini akan diteruskan juga di bawah pentadbiran Joe Biden.


8. Singapura dilapor dalam perbincangan untuk melabur dalam OpenAI

Temasek merupakan firma pelaburan milik kerajaan Singapura, dan sedia melakukan pelaburan pada beberapa syarikat teknologi popular.


9. Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi

Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.


10. Calon pilihan raya Presiden AS, Dean Phillips tarik diri

Dean Phillips mengumumkan menarik diri sebagai pesaing Presiden Joe Biden kerana mengakui beliau bukan calon yang layak.