Skip to main content

Malaysia

Agong berkenan kurnia pingat kepada 124 penerima sempena Hari Keputeraan rasmi

SULTAN IBRAHIM KURNIA PINGAT KEPADA 124 PENERIMA SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI SULTAN JOHOR Seramai 124 penerima dikurniakan pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 23 Mac 2026.  KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Pingat Lama dan Baik Dalam Perkhidmatan (PLP) kepada 29 orang penerima manakala Pingat Jasa Dan Lama Dalam Pekerjaan (PJP) seramai   19 penerima.
Majlis pengurniaan disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada Majlis Darjah dan Pingat bagi daerah Muar, Tangkak dan Segamat yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor pada hari ini. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Advertisement

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan pingat kepada 124 penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada 23 Mac lepas.

Majlis pengurniaan itu disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada Majlis Darjah dan Pingat bagi daerah Muar, Tangkak dan Segamat yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor pada hari ini.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebanyak 29 individu menerima Pingat Lama dan Baik Dalam Perkhidmatan (PLP), manakala 19 dikurniakan Pingat Jasa Dan Lama Dalam Pekerjaan (PJP).

Turut dikurniakan adalah Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua kepada 60 penerima dan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Ketiga kepada 16 individu.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Kadi Daerah Muar Mohd Nasri Rahman sebelum diteruskan dengan sembah ucapan taat setia oleh Pegawai Daerah Muar Zainal Eran yang diiringi Pegawai Daerah Tangkak Ungku Suzana Ungku Mohammad dan Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi.

 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement