ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 Mac 2024.


1. Batik Air Indonesia gantung juruterbang susulan tertidur semasa penerbangan

Batik Air Indonesia telah menggantung juruterbang dan pembantu juruterbangnya selepas mereka tertidur semasa penerbangan domestik pada Januari, menurut syarikat penerbangan komersial itu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.



2. Lima maut pesawat terhempas di Virginia

Sebuah pesawat enjin berkembar yang dinaiki lima individu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ingalls Field di Virginia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik.


3. Ramadan hadir ketika “kebuluran melampau” merebak di Gaza - Ketua UNRWA

Ramadan yang disambut sebilangan besar umat Islam hari ini seharusnya menyaksikan gencatan senjata di Gaza, bukannya penderitaan berterusan, tegas Ketua Agensi Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini.


4. Netanyahu arah penjara Israel bersedia untuk terima 'ribuan' tahanan baharu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan Menteri Pertahanan, Keselamatan Negara dan Kewangannya untuk membuka ruang di penjara Israel sebagai persediaan untuk penangkapan “ribuan” lagi rakyat Palestin tahun ini.


5. Netanyahu "lebih menyakitkan daripada membantu" - Presiden AS kritik PM Israel

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden terus mengkritik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang disifatkan beliau "lebih menyakitkan daripada membantu" Israel kerana gagal mengawal jumlah korban orang awam di Palestin.


6. Kapal tentera AS menuju ke Gaza untuk bina pelabuhan

Sebuah kapal tentera Amerika Syarikat (AS) sedang belayar ke arah Asia Barat, membawa peralatan untuk membina dermaga sementara di luar pantai Gaza, kata tentera.


7. Hampir 31,000 rakyat Palestin terbunuh pada hari ke-156 serangan Israel ke atas Gaza

Lebih 30,960 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke-156, kata pihak berkuasa kesihatan di wilayah terkepung itu.


8. Raja Arab Saudi seru warga dunia bantu hentikan jenayah terhadap rakyat Palestin

Raja Arab Saudi, Raja Salman menyeru seluruh masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab dan menghentikan jenayah serta kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.


9. Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin

Umat Islam di Arab Saudi akan mula berpuasa pada Isnin, 11 Mac 2024, selepas anak bulan kelihatan pada petang Ahad.


10. Penggunaan enjin carian dijangka merudum 25% menjelang 2026, disebabkan penggunaan Chatbot

Pada hari ini, pelbagai pengguna menggunakan enjin carian seperti Google dalam melakukan carian dan untuk melayari web.