Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 19, 2024 15:51 MYT
Mac 19, 2024 15:51 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Mac 2024.
Ketua Pembangkang Pritam Singh didakwa di mahkamah pada Selasa atas dua pertuduhan berbohong kepada jawatankuasa Parlimen, dua tahun selepas polis membuka siasatan berhubung keterangannya di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen, lapor Straits Times (ST).
Kritikan lantang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap negara-negara Barat kerana tidak bertindak terhadap kekejaman Israel di Gaza semasa lawatan rasmi beliau ke Jerman baru-baru ini menjadi peringatan bukan sahaja di Eropah tetapi juga di Atlantik Utara, termasuk Amerika Syarikat.
Israel meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya tidak mengeluarkan perintah kecemasan untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi menangani kebuluran sekaligus menolak permintaan Afrika Selatan untuk berbuat demikian.
Amerika Syarikat mengesahkan menerima laporan berkaitan penahanan wartawan Al Jazeera oleh tentera Israel.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata analisis terkini daripada Integrated Food Security Phase Classification (IPC) mencerminkan keadaan yang meruncing dihadapi penduduk Gaza.
Penyelaras kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa serangan Israel ke atas Rafah akan menyebabkan pengagihan bantuan ke Gaza musnah.
Presiden China Xi Jinping mendahului senarai pemimpin dunia yang mengucapkan tahniah kepada penyandang Presiden Rusia Vladimir Putin yang dipilih semula sebagai Ketua Negara itu pada Isnin, lapor Sputnik.
Tanah runtuh di Alca, selatan Peru menyebabkan sekurang-kurangnya 75 buah rumah musnah selain menyebabkan kerosakan pada jalan raya, sekolah dan hospital pada Sabtu.
Princess of Wales, Kate Middleton, dilihat dalam sebuah video baharu bersama Putera William ketika pasangan itu membeli-belah di sebuah kedai di Windsor, hujung minggu lalu.
Indonesia memahat satu lagi rekod baharu apabila berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa terpanjang di negara berkenaan minggu lalu.