KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata analisis terkini daripada Integrated Food Security Phase Classification (IPC) mencerminkan keadaan yang meruncing dihadapi penduduk Gaza.
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata lebih sejuta orang dijangka menghadapi kelaparan melainkan lebih banyak makanan dibenarkan masuk ke Gaza.
"Sebelum krisis ini, makanan adalah mencukupi untuk populasi di Gaza. Pemakanan tidak seimbang jarang berlaku. Sekarang, mereka sedang menunggu ajal dan ramai yang sakit," katanya dalam kenyataan WHO yang disiarkan dalam lawan sesawang rasmi agensi itu.
IPC yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) berkata keseluruhan penduduk Semenanjung Gaza berjumlah 2.23 juta itu menghadapi ketidakstabilan bekalan makanan yang teruk.
Menurut laporan itu antara pertengahan Mac hingga pertengahan Julai, senario yang mungkin terjadi dengan anggapan konflik ini terus merebak termasuk serangan darat di Rafah, separuh daripada populasi atau 1.1 juta orang di Semenanjung Gaza dijangka menghadapi bencana.
Ia juga berkata kebuluran kini dijangka berlaku dan tidak dapat dielakkan di utara Gaza serta seluruh kawasan pentadbiran Gaza dan dijangka menjadi kenyataan dari pertengahan Mac hingga Mei 2024.
Ghebreyesus berkata laporan IPC mengesahkan bahawa WHO, rakan kongsi PBB dan badan bukan kerajaan (NGO) telah menyaksikan dan membuat laporan selama berbulan-bulan.
"Apabila wakil kami tiba di hospital, kami menemukan pekerja kesihatan yang keletihan dan kelaparan meminta makanan dan air. Kami menyaksikan pesakit dalam proses penyembuhan selepas pembedahan untuk menyelamatkan nyawa dan kehilangan anggota badan atau menghidapi kanser atau diabetes, ibu yang baharu saja melahirkan anak atau bayi baharu dilahirkan, semuanya menderita kelaparan dan penyakit dihidapi mereka,"katanya.
Beliau berkata:"Tanpa peningkatan ketara dan segera dalam penyampaian makanan, air dan keperluan penting yang lain keadaan akan bertambah buruk. Hampir kesemua isi rumah tiada makanan yang mencukupi setiap hari dan orang dewasa mengurangkan makanan mereka supaya kanak-kanak dapat makan."
Ghebreyesus berkata keadaan semasa ini akan mengakibatkan kesan jangka panjang kepada kehidupan dan kesihatan ramai.
" Pada masa ini kanak-kanak menghadapi kematian daripada gabungan pemakanan tidak seimbang dan penyakit. Pemakanan tidak seimbang menjadikan mereka mudah untuk jatuh sakit, mengalami pemulihan yang lambat atau mati apabila mereka dijangkiti penyakit.
Kesan jangka panjang pemakanan tidak seimbang, kurang pengambilan makanan yang kaya dengan zat makanan, jangkitan berulang dan kurang kebersihan dan perkhidmatan sanitasi memperlahankan keseluruhan tumbesaran kanak-kanak. Ini akan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan generasi akan datang," katanya.
Ghebreyesus berkata WHO dan rakan kongsi PBB yang lain telah meminta Israel supaya membuka lebih banyak laluan untuk menyeberangi sempadan dan mempercepatkan kemasukan dan penyampaian air, makanan, bekalan ubat-ubatan dan lain-lain bantuan kemanusian ke Gaza.
''Adalah menjadi tanggungjawab Israel di bawah undang-undang antarabangsa untuk membenarkan laluan untuk bekalan, termasuk makanan.
Usaha menyampaikan bantuan melalui jalan udara dan air baru-baru ini dialu-alukan tetapi dengan meluaskan penghantaran melalui jalan darat akan membolehkan penyampaian bantuan berskala besar dilakukan untuk mengelakkan kebuluran. Sekarang adalah masa untuk bertindak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata lebih sejuta orang dijangka menghadapi kelaparan melainkan lebih banyak makanan dibenarkan masuk ke Gaza. - Gambar fail/AP
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 peratus keperluan penduduk Gaza - UNRWA
UNRWA mengesahkan bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
UNRWA beri amaran kebuluran yang bakal melanda Gaza
Operasi UNRWA adalah penting untuk memenuhi keperluan asas mereka yang telah kehilangan segala-galanya.
Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Keganasan di Gaza tingkat tahap kebuluran - Laporan
Operasi ketenteraan Israel yang sengit menambah kebimbangan dan menghalang akses kemanusiaan.
WFP beri amaran ancaman kebuluran di Gaza menjelang musim sejuk
WFP menyuarakan kebimbangan bahawa usaha untuk membawa masuk bekalan penting menghadapi cabaran yang semakin meningkat dan menyeru agar situasi ini dihentikan.
Gaza menderita kemiskinan melampau, kebuluran ketika Israel teruskan serangan genosid - Bank Dunia
Ekonomi Gaza telah runtuh dan penduduknya sedang menghadapi kemiskinan melampau serta kebuluran di tengah-tengah serangan Israel.
UAE peruntuk AS$7 juta tangani kebuluran di Sudan, Sudan Selatan
Kira-kira 17.7 juta orang di Sudan dan 7.1 juta orang di Sudan Selatan menghadapi masalah kekurangan makanan.
WFP sambut baik pembukaan semula lintasan sempadan Adre dari Chad ke Sudan
WFP sedang memperluaskan bantuan ke 14 kawasan berisiko dilanda kebuluran di Sudan, terutamanya Darfur, Kordofan, Khartoum dan Gezira.