Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 26, 2024 15:51 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 Mac 2023.
1. Israel batal lawatan ke Washington selepas AS benarkan resolusi gencatan senjata PBB di Gaza diluluskan
Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Israel semakin terserlah pada Isnin apabila Washington mengetepikan dan membenarkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menggesa gencatan senjata segera di Gaza.
2. Dunia sambut baik resolusi UNSC tuntut gencatan senjata di Gaza
Sebilangan besar negara di dunia menyambut baik resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas di Gaza.
3. Resolusi gencatan senjata: AS perlu atasi Israel, hormati kehendak masyarakat antarabangsa - PM Anwar
Amerika Syarikat (AS) perlu mengatasi sekutunya, Israel untuk menghormati kehendak masyarakat antarabangsa dengan mematuhi gencatan senjata dan membenarkan kemasukan segera bantuan kecemasan secara besar-besaran, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4. Resolusi gencatan senjata di Gaza: Israel, AS diharap tidak bercabang lidah - Penganalisis
Resolusi gencatan senjata di Gaza yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) wajar diraikan dengan penuh rasa kesyukuran oleh umat Islam dan masyarakat global.
5. Pakistan, Maldives gesa UNSC segera laksana resolusi di Gaza
Pakistan dan Maldives adalah antara negara yang menggesa pelaksanaan segera resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menamatkan serangan Israel hampir enam bulan ke atas Gaza dan menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang menghadapi kebuluran.
6. Resolusi UNSC mengenai tahanan mesti libatkan tahanan Palestin dipenjara Israel - ABIM
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tahanan mesti dilihat dalam dimensi yang menyeluruh.
7. Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Mahkamah New York menetapkan perbicaraan ke atas Donald Trump berkaitan satu daripada empat tuduhan jenayahnya akan bermula 15 April depan.
8. Pemain remaja maut terkena sepakan
Malang menimpa seorang pemain bola sepak remaja berusia 17 tahun apabila menemui ajal akibat terkena sepakan di bahagian perut dalam satu perlawanan.
9. Menang kes berebut batu angkasa
Seorang pemilik tanah di Sweden menang kes luar biasa di mahkamah melibatkan batu meteorit seberat 14 kilogram.
10. Bintang filem seram Nang Nak, Winai Kraibutr meninggal dunia
Industri perfileman Thailand kehilangan salah seorang pelaku seni hebat mereka apabila aktor Winai Kraibutr dilaporkan meninggal dunia pada 20 Mac 2024.
#Amerika Syarikat #Donald Trump #berita pilihan #antarabangsa