awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2024
00:00 MYT
Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Trump berdepan tuduhan penipuan akibat daripada pembayaran yang dibuat kepada Stormy Daniels sebelum Pilihan Raya Presiden pada tahun 2016. - Foto fail/AP
NEW YORK: Mahkamah New York menetapkan perbicaraan ke atas Donald Trump berkaitan satu daripada empat tuduhan jenayahnya akan bermula 15 April depan.
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) dibicarakan melibatkan bayaran ‘menutup mulut’ kepada seorang bintang filem lucah.
Trump, 77, berdepan tuduhan penipuan akibat daripada pembayaran yang dibuat kepada Stormy Daniels sebelum Pilihan Raya Presiden pada tahun 2016.
Beliau sebelum ini mengaku tidak bersalah ke atas semua 34 pertuduhan.
Trump mendakwa tuduhan itu tidak mewakili perbuatan jenayah.
Pasukan peguamnya sebelum ini sudah cuba menangguhkan perbicaraannya selama mungkin.
Namun Hakim Juan Merchan pada Isnin memutuskan tiada lagi alasan untuk penanggunan berlaku dan mengarahkan perbicaraan bermula 15 April depan.
Trump dalam pada itu sifatkan perbicaraan ke atasnya sebagai campur tangan pilihan raya.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#perbicaraan
#tuduhan jenayah
#Stormy Daniels
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan