Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 3, 2024 15:48 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 April 2024.
1. Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa bumi besar dengan magnitud 7.4 melanda pantai timur Taiwan, hari ini sekali gus menyebabkan amaran tsunami di selatan Jepun dikeluarkan.
2. Gempa bumi di Taiwan: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Taiwan pada 10 pagi, Rabu, menurut Kementerian Luar Malaysia.
3. Gempa Taiwan: Filipina, Jepun batal amaran tsunami
Pusat Amaran Tsunami Pasifik pada Rabu memaklumkan tiada lagi risiko ancaman tsunami selepas Taiwan digegarkan gempa kuat 7.4 pada skala Richter yang turut menyebabkan seorang maut manakala lebih 50 cedera.
4. Tiga maut nahas helikopter di Switzerland
Tiga maut dalam nahas helikopter di Switzerland pada Selasa, menurut polis.
5. Israel "tidak melakukan secukupnya untuk melindungi pekerja bantuan" di Gaza - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Selasa bahawa beliau "marah" dan "kecewa" berhubung serangan udara Israel di Gaza yang mengorbankan tujuh pekerja bantuan World Central Kitchen (WCK), menekankan bahawa Israel "tidak melakukan secukupnya untuk melindungi pekerja bantuan."
6. Protes merebak selepas Datuk Bandar parti pro-Kurdish diganti
Protes selepas pihak berkuasa Turki menghalang Datuk Bandar parti pro-Kurdish yang baru dipilih mengambil jawatannya merebak ke lebih banyak bandar di tenggara Turki sekali gus menimbulkan pergaduhan dengan pihak Polis pada Selasa.
7. Pelantikan Presiden Indonesia dirancang berlangsung di Nusantara
Upacara pelantikan bakal Presiden Indonesia dirancang berlangsung di ibu kota Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur, menurut Menteri Kerja Raya dan Perumahan Rakyat Basuki Hadimuljono.
8. Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto menzahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
9. Pertubuhan Rohingya beri amaran peningkatan genosid di Myanmar
Pertubuhan Rohingya Burma United Kingdom (BROUK) mengeluarkan amaran keras berhubung peningkatan genosid terhadap etnik Rohingya oleh junta tentera di Myanmar.
10. Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
#gempa bumi #Taiwan #tsunami #Gaza #Israel #Joe Biden #Prabowo Subianto #Myanmar