JAKARTA: Upacara pelantikan bakal Presiden Indonesia dirancang berlangsung di ibu kota Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur, menurut Menteri Kerja Raya dan Perumahan Rakyat Basuki Hadimuljono.
"Pelantikan presiden, InsyaAllah di sana (IKN), mengikut perancangan," katanya di Kompleks Parlimen pada Selasa seperti dilaporkan portal berita detikNews.
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) pada 20 Mac mengumumkan Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi pemilihan presiden dan naib presiden bagi penggal 2024-2029.
Berdasarkan Peraturan KPU mengenai tahap dan jadual Pemilihan Umum, upacara angkat sumpah presiden dan naib presiden adalah pada 20 Oktober.
Presiden Joko Widodo atau Jokowi dilaporkan akan berpindah ke pejabat baharu dari Istana Presiden di Jakarta ke IKN pada Julai setelah pembinaan lapangan terbang dan lebuh raya siap. Beliau bakal menamatkan penggal terakhirnya Oktober ini.
Menurut Ketua Task Force Pembangunan Infrastruktur IKN Danis Sumadilaga, kemajuan pembangunan Istana Presiden dan dataran upacara hampir 60 peratus siap.
Dataran upacara yang terletak di hadapan Istana Presiden akan siap sepenuhnya menjelang Jun dan sedia menempatkan lebih 6,000 jemputan untuk sambutan mengingati Hari Kemerdekaan ke-79 pada 17 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Berdasarkan Peraturan KPU mengenai tahap dan jadual Pemilihan Umum, upacara angkat sumpah presiden dan naib presiden adalah pada 20 Oktober. - Gambar fail
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Lima ahli Jawatankuasa Aduan SPRM dilantik bagi tempoh 2024-2027
Seramai lima ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terima watikah pelantikan untuk tempoh 2024 hingga 2027.
Majlis angkat sumpah Presiden Indonesia hari ini
Majlis angkat sumpah pelantikan Presiden dan Naib Presiden Indonesia yang kelapan bakal berlangsung hari ini.
Sirajuddin dilantik Ketua Pengarah Jakim - KSN
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilantik sebagai Ketua Pengarah Jakim yang baharu.
Sagar Sanjay dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAG Catering Operations
Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Sagar Sanjay Dighe sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAG Catering Operations.
MPI umum Ainol Amriz sebagai CEO baharu
Institut Akhbar Malaysia (MPI) mengumumkan pelantikan Ainol Amriz Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.
Mohd Rosli dilantik KP Maritim Malaysia baharu
Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Rosli Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Ruslin Jusoh dilantik KP AADK yang baharu mulai hari ini
Ruslin berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.
Aedy Fadly dilantik Ketua Pengarah JPJ baharu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pelantikan Aedy Fadly Ramli sebagai Ketua Pengarah baharu berkuat kuasa hari ini.
Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri dan Persekutuan.
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.