awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China

Bernama
Bernama
03/04/2024
04:45 MYT
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Prabowo mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri China Li Qiang, di Beijing, pada Selasa. - Foto X Prabowo Subianto
JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto menzahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Perkara itu disampaikan presiden terpilih di Pemilihan Presiden 2024 semasa kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri China Li Qiang, di Beijing, pada Selasa.
"Kami melihat hubungan yang saling melengkapi antara China dan Indonesia adalah realiti yang sangat kami syukuri, atas persahabatan dan kepercayaan kepada kami," kata Prabowo dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan republik itu.
Sementara itu, Li menilai hubungan antara kedua negara telah berkembang pesat dan membuka lembaran baharu dalam membina komuniti untuk masa depan bersama.
Beliau berkata kedatangan Prabowo menunjukkan persahabatan kukuh antara China dan Indonesia, serta bertekad bekerjasama menjaga rasa saling percaya dan mengeratkan kerjasama holistik yang menguntungkan serta bermanfaat.
Menurut kenyataan itu, China sedia mengukuhkan komunikasi dan kerjasama dengan Indonesia secara multilateral seperti melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mekanisme kerjasama Asia Timur demi menjaga kepentingan negara-negara berkembang dengan lebih baik.
Prabowo tiba di Beijing pada Ahad sempena lawatan luar negara pertama selepas diumumkan sebagai presiden terpilih pada 20 Mac, atas undangan Presiden Xi Jinping dan pertemuan mereka telah berlangsung pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#Indonesia
#China
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan