Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 6, 2024 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 April 2024.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 April 2024.
1. Israel mengaku salah bunuh 7 staf agensi bantuan di Gaza
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akhirnya mengakui kesilapan tentera mereka membunuh kakitangan agensi bantuan ketika banyak pihak menggesa rejim Tel Aviv mendedahkan butiran lanjut laporan siasatan mereka secara telus.
2. Rejim zionis lepas bom pemedih mata, pukul jemaah di Masjid Al-Aqsa dengan cota
Tentera Israel terus bersikap biadab selepas menjatuhkan bom gas pemedih mata ke atas jemaah di Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis ketika umat Islam menunaikan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan.
3. PM Lee ucap tahniah kepada PM Pihak Berkuasa Palestin Mohammad Mustafa
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Dr Mohammad Mustafa atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat Pihak Berkuasa Palestin (PA).
4. Bekas Menteri Luar Australia dilantik Utusan Khas PBB ke Myanmar
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat melantik bekas Menteri Luar Australia Julie Bishop sebagai Utusan Khas PBB ke Myanmar, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
5. Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di New York, ingin mengesahkan bahawa satu gempa bumi berukuran 4.8 magnitud melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey, pada kira-kira 10.20 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat.
6. Dua warga Singapura hilang selepas gempa bumi di Taiwan - Laporan
Dua warga Singapura dilaporkan hilang selepas gempa bumi dengan magnitud 7.2 melanda Hualien, Taiwan pada Rabu, lapor media tempatan.
7. Israel buka laluan ke Gaza setelah tekanan antarabangsa meningkat
Susulan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat dan amaran keras daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, Israel mengumumkan pembukaan laluan untuk bantuan kemanusian ke Gaza.
8. Angka korban gempa bumi Taiwan meningkat kepada 13 orang, ratusan masih terkandas
Angka kematian susulan gempa bumi kuat di Taiwan meningkat kepada 13 orang semalam selepas satu lagi mayat ditemukan di Taman Negara Taroko yang teruk terjejas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
9. Jordan desak pembukaan semua lintasan, hentikan kebuluran di Gaza
Jordan pada Jumaat mendesak pembukaan semua lintasan darat ke Semenanjung Gaza selain mahu kebuluran di wilayah yang dikepung yang telah diserang tanpa henti oleh tentera Israel selama lebih enam bulan lepas dihentikan.
10. MyCARE bantu rawat 100 penduduk Gaza cedera dibom
Sukarelawan perubatan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) kini membuka Pusat Rawatan Kecemasan di Gaza, Palestin untuk merawat kira-kira 100 penduduk setempat cedera akibat dibom tentera Israel.
#berita pilihan #antarabangsa #gas pemedih mata #Masjid Al-Aqsa