awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jordan desak pembukaan semua lintasan, hentikan kebuluran di Gaza

Bernama
Bernama
06/04/2024
09:30 MYT
Jordan desak pembukaan semua lintasan, hentikan kebuluran di Gaza
Ayman berkata: "Semua lintasan darat ke Gaza mesti dibuka. Gencatan senjata mesti bermula sekarang." - Foto AP
AMMAN : Jordan pada Jumaat mendesak pembukaan semua lintasan darat ke Semenanjung Gaza selain mahu kebuluran di wilayah yang dikepung yang telah diserang tanpa henti oleh tentera Israel selama lebih enam bulan lepas dihentikan.
Menerusi hantaran di X (dahulunya Twitter), Menteri Luar Jordan Ayman Safadi berkata: "Semua lintasan darat ke Gaza mesti dibuka. Gencatan senjata mesti bermula sekarang.''
"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti bertanggungjawab ke atas semua operasi kemanusiaan dan mempunyai akses penuh."
Safadi menyatakan bahawa apa-apa yang kurang daripada itu adalah satu lagi pembohongan dan tidak akan menyelesaikan malapetaka yang dicipta oleh Israel, sambil menekankan bahawa kebuluran penduduk Gaza mesti dihentikan.
Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas mengakibatkan kemusnahan kediaman dan infrastruktur pada skala besar dan kekurangan barangan keperluan selain membunuh lebih daripada 33,000 warga Palestin dan 75,750 orang cedera.
Sekatan yang dikenakan Israel memburukkan lagi krisis kemanusiaan mengakibatkan penduduk Gaza mengalami kelaparan sehingga mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas pertuduhan melakukan genosid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jordan
#pembukaan semua lintasan darat
#Semenanjung Gaza
#Israel
#Ayman Safadi
#kebuluran
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan