awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban gempa bumi Taiwan meningkat kepada 13 orang, ratusan masih terkandas

Bernama
Bernama
06/04/2024
10:48 MYT
Angka korban gempa bumi Taiwan meningkat kepada 13 orang, ratusan masih terkandas
Pasukan penyelamat menemukan satu mayat di taman negara pada Sabtu dan masih cuba mengeluarkan mangsa lain yang terperangkap di bawah batu. -Gambar fail/Twitter
TAIPEI: Angka kematian susulan gempa bumi kuat di Taiwan meningkat kepada 13 orang semalam selepas satu lagi mayat ditemukan di Taman Negara Taroko yang teruk terjejas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Di bandar timur Hualien, lokasi gempa bumi berukuran 7.2 magnitud pada Rabu berpusat, jalan raya di kawasan pergunungan masih terhalang oleh beberapa tanah runtuh.
Di taman negara pada Sabtu pasukan penyelamat menemukan satu mayat dan masih cuba mengeluarkan mangsa lain yang terperangkap di bawah batu.
Penemuan itu menjadikan angka kematian kepada 13 orang, kata Agensi Bomba Kebangsaan, dengan enam orang masih tidak dapat dikesan.
Kira-kira 1,145 mangsa mengalami kecederaan dalam bencana itu.
Sementara itu, lebih 440 orang termasuk pelancong dan penduduk masih terkandas di beberapa lokasi di taman itu yang terkenal dengan bentuk muka buminya yang berceranggah, menurut pihak berkuasa.
Menteri Dalam Negeri Lin Yu-chang, yang mempengerusikan Pusat Operasi Kecemasan Taiwan, berkata beberapa bahagian jalan yang rosak telah dibaiki dan kerajaan akan cuba memindahkan orang yang terkandas ke tempat selamat secepat mungkin.
Lin berkata pasukan penyelamat dari Turkiye dijangka tiba di Taiwan untuk membantu mencari orang yang masih hilang di taman negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa Taiwan
#angka korban
#tanah runtuh
#Taman Negara Taroko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan